sayatetapsaya betul
beberapa tahun kebelakangan ni, pihak LHDN dah suruh orang2 isi borang cukai pendapatan online. satu hal pulak abah memang tak reti gunakan internet. setakat microsoft word beliau lepas la sebab nak buat surat claim koperasi. sebelum ni pun isi borang manual.
kisah mula, bila tahun pertama kuatkuasa isi borang online, abah pergi pejabat LHDN daerah Segamat. kerana tidak celik IT, abah dan ramai lagi orang seangkatan dengannya pergi ke kaunter yang sediakan khidmat isi borang online tu. memang berbaris panjang la. sampai turn abah, setel isi, hambik kau bayarannya RM50!!
abah cerita kat saye, memang la saye tak puas hati. RM50 untuk isi borang online? sedangkan isi borang tak sampai sejam, kalau ikut penggunaan di kafe2 siber yang lain, tak sampai RM2 pown! tahulah abah orang kampung, tak tahu apa2 pasal internet tapi tolonglah berperikemanusiaan sikit. pergi kat kaunter tu, bagi jelingan bapak tajam+mantap same tukang isi borang. entah berapa ribu la keuntungan haram dia kaut hari tu. sebab abah pergi pagi, ramai. siap kena ambik nombor lagi. abah pergi petang tu pulak.
kurrrranggg ajjjarrr punya orang. sanggup menipu orang2 tua dan seangkatan yang tak reti IT mase nak isi borang? sejak kejadian tu, memang ambil langkah drastik untuk isikan borang cukai abah setiap tahun.