haaa...bawak jalan-jalan ke tempat kerja aku kejap. Aku promoter jek, sehari buat la dalam 5 6 jam jaga kedai. Bukan kedai sangat pun, lebih kepada jaga barang sebenarnya. Ok la jugak, seronok sebab aku jaga bahagian permainan kanak-kanak wawawa
ni barang aku..semua pun watak kartun. Memang garu kepala la sesape mak bapak yang datang dengan anak-anak diorang
feveret aku ni
bole bawak kete tu jalan-jalan
pun feveret aku..selalu main 'xoxo' kat sini, jadik feveret pakcik-pakcik yang datang bawak anak diorang jugak
Kalau tak ada orang, kitorang la yang main menatang tuh. Lagipun, kalau kat tempat aku, rata-rata yang beli tu orang tua. Beli kereta mainan tu, diorang buat koleksi. Yang lelaki la, seketul kecik kereta Tomica saiz separuh tapak tangan tu ade la dalam rm30, maunya sekali beli 2 3 ketul. huish..tak tau nak membazir duit kemana la tu nampaknya. Meh bagi kat aku.
buah pear and bergedel kentang feveret Fifi
Jatil makan ayam goreng, mak cik kat blakang makan yogurt
Lepas tu, bila lapar, haa...ni part paling best. Kalau dalam pukul 9 tu, bahagian makanan buat jualan murah. Croquette (basically bergedel tapi bersalut serbuk roti), karaage (ayam goreng cucuk lidi sate) dengan yakitori (ayam masak kicap cucuk lidi sate) dengan karipap dia jual diskaun 30%. Maunya tak macam orang gila kitorang beli. Lepas tu, makan kene sorok-sorok. Pak guard nampak, mau kene halau. Pak guard kat sana garang ouh.....(psst, yang gatal pun ade jugeeekk)
So far, kerja memang letih. Tapi sambil-sambil tu, study la. Masa terhad, tidur pun cukup-cukup sekadar nak hilang penat. Betul la,seronok lagi study dari kerja rasanye.
0 comments:
Post a Comment