.

seposen untuk Porsche

Saturday, October 30, 2010

tersentuh

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/30/2010 09:14:00 PM
Waktu rehat pukul 1 sampai 2 petang tadi, aku dengan Tasnim and Fizah (kot...aku lupa la name lagi sorang tuh) pergi makan dekat foodcourt 3rd floor Queesbay. Balik makan nak turun ke 1st floor, dalam ramai-ramai umat yang ada kat situ, ada satu yang betul-betul menarik perhatian aku.



Pada mulanya, aku ingat sorang tu sempurna fizikalnya. Rupa-rupanya 2-2 tu insan istimewa. Aku tengok, mereka saling melengkapi. Gembira je berdua tu. Dan orang ramai pun prihatin, bagi laluan. Yang buat endah tak endah tu, aku rasa nak tempeleng jek.

Insan-insan macam ni selalu ada tempat istimewa dalam hidup aku. Banyak benda dari mereka yang aku belajar. Untuk final project aku kena pergi rumah kanak-kanak dyslexia dengan syndrom down. Mereka memang istimewa. Diorang nampaknya lebih bersedia menghadapi hidup. Berbanding aku yang kadang-kadang, rasa nak terjun bangunan jek bila dugaan datang bertimpa-timpa.

Manusia yang normal, boleh fikir dengan elok, Tuhan bagi akal, selalu carik jalan singkat. Dia, tanpa kesempurnaan seorang insan, terus harung hidup dia.. Tabah.

1 comments:

Anonymous said...

Oit! Agak2 la nk terjun bangunan mkcik oi! Terjun pokok taugeh dh la..hehehe