.

seposen untuk Porsche

Wednesday, February 23, 2011

wah wah wah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/23/2011 04:29:00 PM 0 comments
Tempat : Tepi padang sekolah, waktu badan beruniform
Waktu : Pagi, sekitar pukul 0800H
Situasi : Budak-budak PKBM tengah kena lanyak dengan Jurulatih Fizikal TUDM

Aku duduk sebelah Cikgu Aman (bukan nama sebenar). Wah, menyemat bukan main dengan office wear TUDM dia, baju No.3 kalau tak silap aku.
Aku : Cikgu beli kat mana baju ni?
C.A : Ada tempah hari tu kat dalam...(sambil tangan menunjuk-nunjuk ke atas--->base TUDM)
Aku : Ooo..
C.A : Cuma tak ada pangkat ni lagi la...
Aku : Err..cikgu kalau ada pangkat, cikgu pakai pangkat apa?
C.A : Leftenan Muda mungkin....(tak tengok aku, sambil pandang budak-budak).

Wah, poyos betul kot. Senang-senang dapat Leftenan Muda, aku bertungkus lumus kejar satu balak tu, dia sesenang hati leh pakai.

Friday, February 18, 2011

basikal dan anjing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/18/2011 11:52:00 PM 0 comments

Petang yang indah, disertai angin sepoi-sepoi bahasa dan kayuhan basikal aku perlahankan. Menikmati keindahan pokok-pokok pisang...ermm alangkah indahnya jika dapat ku makan pisang-pisang tersebut. Tiba-tiba..

'Woit, jom masuk taman tu, kite tak pernah kayuh kat situ,' cadang Dayah. Kayuhan basikalnya diperlahankan seketika. Aku mengangguk setuju. Lantas pedal dikayuh semula.

Kawasan taman tu memang jarang kami masuk untuk jalan-jalan. Almaklumlah kawasan yang rata-rata penduduknya berketurunan Tionghua, ramailah yang membela anjing. Semakin kurang rajinlah aku nak main beskal kat situ.

Kayuhan basikal diperlahankan.
'Dayah, jum patah balik, dah pukul nam stengah,' aku mengajak. Tanpa menunggu anggukan kepala beliau, terus aku pusingkan basikal. Serentak itu jugalah seorang Amoi membawa keluar anjing jenis poodle yang berwarna putih. Dan serentak itu jugalah-

'Ruff! Ruff! Ruff!' Poodle tersebut berlari ke arahku. Gembira barangkali melihat budak berumur 9 tahun menaiki basikal berwarna merah. AKU CUAK!! Terlepas kaki dari pedal, aku tergolek tepi jalan. Menjerit-jerit aku ketakutan sebab aku fikir, nanti kena samak. Leceh! Amoi tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan tetapi tertawa melihat telatah anjingnya. Beberapa minit kemudian, barulah dia menarik anjingnya pergi sambil meminta maaf padaku.

Aku rendang anjing ko tu baru tau!

Thursday, February 17, 2011

aku lebih gembira dari seekor burung dan 'french fries'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/17/2011 12:30:00 PM 0 comments


'Woiiiii...baca la. Aku baca ni..hangpa baca la sekali!!!!'
'Woiiii dak pempuan, baca la woiii!'

Haaa untuk pertama kalinya, aku berjaya membuatkan Azfar membaca diikuti oleh kengkawan sekelasnya. Hahaha bagus. Selama ni suara aku saja yang berteriak, sekali sekala bagi student yang terpekik terlolong bagus jugak rupanya. Rehat tekak aku  :)

Sunday, February 13, 2011

si bujang senang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/13/2011 02:07:00 PM 0 comments

Ahh...hari Ahad yang indah. Dua hari ni aku duk sorang kat rumah, apa lagi. Syok la tengok tv 24 jam pastu makan sosej habis sebungkus dan roti canai segera dan kek buah dan bahulu dan....



Bahan-bahan membuat maggi sedap:

1, 2 atau 3 orang yang mempunyai perut lapar
Sosej Ayamadu
Kailan
Tomato
Bawang putih dan merah
Cili
dan Maggi
Air paip (nak pakai air masak, sekati)

 
Sayur ku sikit kan? Hehe aku lagi suka letak brokoli tapi takde dalam peti sejuk, so letak je la ape yang ade.

Cara memasak:
Campak sahaja semuanya dalam satu periuk dengan nyalaan api besar (kalau lapar sungguh) dan biarkan sampai ia mendidih kemasakan.







Selepas setel, masukkan dalam mangkuk yang cantik dan bawak bersama segelas air oren. Wallaa..











Dan aku makan sambil online dan tengok tv. Muahaha indahnya dunia..ha, kepada pemakai selendang jenis pashmina, leh la ikut tutorial Hana Tajima ni, cantik woo

kawen kawen

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/13/2011 12:30:00 AM 0 comments
Bila rasa boring dudk sorang-sorang dan dianya makan tak balik-balik lalu lupakan saya...oh status sedih. Mungkin poyo skit bila update blog 2 3 kali sehari tapi hape haku kesah heheh

Jalan-jalan kat blog lalu terjumpa blog yang cambest nih. Secara otomatiknyer rasa cam nak kahwen jugak. Hahah! Mengada, belajar tak habis lagi sibuk nak kahwin. Huu~

Cik Marea punya blog ni amatlah seswei bagi sesiapa yang carik idea nak kahwin mahupun sesaja nak cuci mata.


this is her in Anjung Seri
and this is kind of what she wish for her weds



photographer..
sebenarnya hari tu masa balik ke Penang, dalam feri. Nampak sepasang pengantin ni wat photoshoot kat dalam feri. Wuu~ kreatif!


Ada memacam lagi, kek, aksesori, malam berinai, tema majlis and sume-sume la. Leh la cuci-cuci mata khennn~ hee~ ok, mau jalan-jalan blog kengkawen lagi

Saturday, February 12, 2011

oh budak sekolah!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/12/2011 11:04:00 PM 0 comments
Betul. Aku rasa macam nak hempuk jek budak-budak kelas aku yang comel nakal-nakal manja tu. Haish, nak suruh diorang dengar cakap bukan senang. Orang suruh buat kerja sekolah;

'Tak bawak buku lah Teacher...' lepas tu, buat muka comel. Peh, comel gila rasa cam nak tempeleng jek. Selamat ada 5 6 ketul je yang buat perangai, buatnye 1 kelas, tak ke botak kepala aku.




Ada jugak kes, aku bagi kertas latihan, pergi dilipat-lipatnya kertas tu. Mak haih, berapi beb! Ingat banyak la duit aku nak pergi fotostet selai-selai tu.

Ikhlas. Ermm..bila tengok student buat macam tu, berkecai luluh hati aku. Kalau yang nakal tapi dengar kata tu, ditampal. Buatnya tak. Tapi kalau jenis nakal betul tu, memang jadik kapal terbang kertas la jawabnye.




Jenis budak-budak ni, ada yang gemor bebenor le mengusik cikgunya. Gedik lak aku rasa pakai perkataan 'usik'. Asal cikgu-cikgu praktikal lalu, bebudak lelaki sekecik tingkatan 2 leh 'peeeewittt'.

Haiii..aku tengok diorang kecik besar kecik besar jek. Walaupun aku kecik, tapi kalau dah macam tu pe'elnya, diorang tu aku nampak cam semut jek. Sekali ku picit..




Ada jugak kes, aku terpaksa kunci pintu belakang elak diorang cabut balik. Tapi kebanyakannya diorang tak lari balik. Alhamdulillah, mula-mula diorang macam malas buat kerja, yang ponteng pun ada. Tapi setakat ni, tak ponteng dah. Cuma tahap kemalasan tu yang tinggi.

Ada golongan nakal tu nak belajar, macam Bob (bukan nama sebenar). Tapi sebab kengkawan dia, dia cam malu nak belajar. Kengkawan perangai hampeh, kalau dia belajar, hilang la macho sebagai gangster Kampung Dusun dia tu. Ada jugak yang pandai, tapi sebab malas, tu yang dalam kelas, tido. Kes-kes tido ni, biasanya dia sedap membuta, aku tepuk meja kuat-kuat. Haa..nak tercabut jantung kau.






Apa-apa pun, i'll be watching you guys. Jangan sebab korang puji teacher comel, sesenang aku nak melepaskan korang dari homework. Kalau tak pandai, belajar. Cita-cita nak jadik tentera, poyo betul.

Sunday, February 6, 2011

kawan baikku kawen pang kepang kelepung!! (stereotaip bunyik kompang)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/06/2011 06:20:00 PM 0 comments
yaaa..akhirnya bertemu jodoh juga beliau. Alhamdulillah..happy sangat-sangat.

Kak Mun dan Abang Shazan

Pak Supir

Bila Kak Mun kata serang, kami kata 'Jom!!'

Borak plak dengan member lama sampai bosan kembang nasik dalam pinggan

Tiba-tiba

haiiii u olls..muah muah

Wal, Seha, Asmah dan Yul

Kau ghaso-ghaso e kan nanti, ko nak boghi makan apo?

Den tak tau lagi la, kot dapek diboghi dodak kek orang, den boghi. 

Betul...aku tak tipu

Eto kirim salam

Bergambar bersama keluarga pihak perempuan

Ok, candid!



Masuk bilik pengantin, terus amik gambar hantaran 

Lepas tu, balik Penang semula dan terus lepak di Padang Kota. Dan kemudian, masing-masing berpisah. Perpisahan mesti sedih haish poyo

Friday, February 4, 2011

'poyo' pun ada dalam wikipedia beb!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/04/2011 10:31:00 PM 6 comments
Hah, aku tak sangka perkataan yang selalu digunapakai ala-ala perosak bahasa ni agak fofuler jugak! Menurut wikipedia, 'poyo' ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

1. Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus (bajet hensem, kacak, cun, perasan hot), dan suka temberang (jarang lak aku pakai poyo untuk si kaki temberang nih)
2. Seorang yang hodoh dan buruk (tak baik kooo)

Jadi, sebelum menggunakan sesuatu perkataan itu, kenali maksudnya dahulu :) Sekian.