Ahh...hari Ahad yang indah. Dua hari ni aku duk sorang kat rumah, apa lagi. Syok la tengok tv 24 jam pastu makan sosej habis sebungkus dan roti canai segera dan kek buah dan bahulu dan....
Bahan-bahan membuat maggi sedap:
1, 2 atau 3 orang yang mempunyai perut lapar
Sosej Ayamadu
Kailan
Tomato
Bawang putih dan merah
Cili
dan Maggi
Air paip (nak pakai air masak, sekati)
Cara memasak:
Campak sahaja semuanya dalam satu periuk dengan nyalaan api besar (kalau lapar sungguh) dan biarkan sampai ia mendidih kemasakan.
Selepas setel, masukkan dalam mangkuk yang cantik dan bawak bersama segelas air oren. Wallaa..
Dan aku makan sambil online dan tengok tv. Muahaha indahnya dunia..ha, kepada pemakai selendang jenis pashmina, leh la ikut tutorial Hana Tajima ni, cantik woo
0 comments:
Post a Comment