.

seposen untuk Porsche

Tuesday, September 27, 2011

i'm grad and i'm glad

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/27/2011 10:07:00 AM



25th September 2011, 9.00 am

Telah diumumkan bahawa aku kini sudah memegang segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan TESOL. Alhamdulillah...perjuangan empat tahun selesai dengan sekeping kertas berwarna krim.

Segalanya mengikut perancangan yang telah diatur walaupun beberapa perkara muncul di saat akhir, namun syukur pada Allah, semuanya telah berlangsung dengan jayanya. Paling tidak disangka-sangka, Wan dengan Sufi dan Zana pun dapat menyelit masuk dewan yang memang sah-sah hanya mak dan abah jek yang boleh masuk. Haa...cemana diorang leh wat camtu aku pun tak tau. Okeh, preview sikit apa yang berlaku sepanjang percutian singkat ni.





Sejambak bunga ros merah dan pink. Waa...terharu beb! Dapat jugak dari Sufi, a very bright orange carnation. Terima kasih ^-^






Before that, we left to Queensbay since Wan is looking for a kemeja to match with my black kebaya. Then he found this. I'm quite love it cause its match with Wans' skin color, which is fairer than me.











Petang Jumaat aku ajak si dia makan dekat tempat feberet aku, area-area Ivory Tower dekat Bukit Gambir tu lah jugak. Harus ada ayam padkapau, memang kegemaran aku. Sotong celup tepung tu aku order sebab dah mengidam ala-ala ibu mengandung nak makan sotong. Si dia order sup cendawan. 2 3 kali jugak aku bagi 'sign' nak tomyam campur, hampeh! Mamat tu memang minat sup cendawan jugek...














Then the next day i'm taking Sufi and Wan to Bukit Bendera. Terbeliak mata aku tengok kadar naik Bukit Bendera naik dan turun ialah RM 30 seorang! Lepas tu, oh, itu kadar untuk pelancong asing. Warga Malaysia RM8 jek. Student price pulak kalau bawak kad matrik, RM4 jek. Murah khennnnn.











When my parents already reach Penang Island, aku bawak diorang makan tempat paling syok dekat Sungai Ara. Perancangan awal nak bawak ke Telok Tempoyak, tapi Telok Tempoyak tu 1 je problem dia, kalau orang ramai, makanan yang diorang masak tu jadik kurang sempurna. Aku pernah alami mende camtu. So, baik book awal-awal dan datang lepas tu terus makan.










Itu aku! Itu aku!! Hikhik..VC cakap 'Tahniah' dan aku sambut dengan senyum lebar. Bayangkanlah, 4 tahun berjuang untuk 4 saat di atas pentas. Alhamdulillah...










Dan pengakhiran yang indah. Alhamdulillah...syukur semuanya berakhir dengan lancar. Tahniah untuk semua rakan-rakan jugak, Pisan, Bibie, Zatil Ismah, Zanisha, Shuhaida, Afiqah, Em, Saidatul Nur, Arfa, Asma, Jue dan ramai lagi yang tak tersebut namanya. Semoga kita semua terus sukses!!!

0 comments: