.

seposen untuk Porsche

Wednesday, February 13, 2013

Tips Mengurangkan Loya Dan Sembelit Ketika Hamil

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/13/2013 08:11:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Ada banyak website yang boleh kita Google untuk tips-tips macam ni. Tapi ada jugak tips yang aku rasa membahayakan antaranya :-

1. Minum air kelapa.
Mengikut kata orang-orang dahulu, kalau minum air kelapa di awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Kalau usia kandungan dah sembilan bulan boleh la minum untuk mendapatkan kulit baby yang bersih. Boleh tanya mak-mak jika mahu penjelasan lanjut. Mungkin ada sesetengah orang boleh kot, tapi setakat ni aku tengok penulis blog yang bagi tips ni pun tak buat. So, baik kau tak payah tulis, dari membahayakan orang lain, ye dak?

2. Minum madu.
Pun sama. Aku tanya mak aku. Dan mak aku kata, madu tu berunsur panas. Sebab yang sama seperti di atas. Walau bagaimanapun, penulis tu dah cuba untuk minum dan katanya, dia takda apa-apa. Mungkin patut nasihatkan orang lain supaya berhati-hati. Tak semua orang boleh ambil apa yang kita ambil. Keadaan setiap pregnant woman tidak sama ya.

Apart from all those tips, yang ni I nak bagi benda yang I dah cuba buat setakat ni untuk mengurangkan sembelit.

1. Minum air masak banyak.
Minum air masak penting, walaupun semasa kita tidak mengandung waima yang lelaki sekalipun. Melancarkan pencernaan dan pembuangan toksik.

2. Buah-buahan fiber tinggi.
Contohnya kiwi. Setakat ni aku ambil sebiji sehari, kadang-kadang sebiji untuk dua hari. Selain dari tinggi vitamin C, buah kiwi jugak tinggi fiber. Sangat bagus untuk melancarkan proses nyahtinja dalam badan.

3. Jangan tinggal minum jus.
Jus sangat bagus. Bukan jus durian belanda ya, jus buah naga ke, jus oren ke, jus jambu batu asam boi ke..bagus tu. Selain membekalkan fiber dan vitamin, ia jugak dapat menjadi penghilang dahaga yang sangat efektif dan melancarkan proses perkumuhan kerana kandungan khasiat yang terdapat di dalamnya.

4. Yang ni pulak bukan tips kurangkan loya, tapi lebih kepada kehamilan. Rajin-rajinkan diri menyapu minyak zaitun pada perut. Sebab perut akan meregang, jadi kita bantu untuk lembutkan regangan tu dan sambil tu mengelakkan stretch mark yang banyak sangat naik.

5. Dalam jangka masa 6 - 9 bulan usia kandungan, boleh praktikkan memakan sesudu minyak kelapa dara untuk memudahkan kelahiran. I tak pernah cuba lagi, ni baru nak mencari. Mengikut kata akak-akak kat tempat kerja, boleh membantu. Lepas tu, sapu sekali lepas mandi dekat bahagian bawah tu, pun untuk memudahkan kelahiran.

6. Telur ayam kampung separuh masak dan madu. Yang ni pun ada sorang akak bagi tips. Badan baby in sha Allah akan lebih pejal dan tidak mudah diserang penyakit. Yang ni I tak try, sebab tak suka telur ayam kampung.

7. Pengambilan jambu batu membantu dalam pelancaran nyahtinja. Kadang-kadang semasa kandungan membesar, rasa sukar nak buang air besar. Jadi untuk melancarkan proses tu, boleh makan jambu batu.

8. Kurangkan pengambilan air sejuk / ais. Mak kata, boleh membuatkan bayi lemah selepas lahir nanti. I pun memang kurang air sejuk ni, kecuali time teringin jek.

9. Air soya pun jangan diambil terlalu kerap. Ada yang kata pengambilan air soya boleh mencantikkan kulit bayi, tapi ia juga meninggalkan kesan yang kurang baik kepada otak bayi semasa dalam kandungan.

10. Jumpa pakar sekurang-kurangnya sekali dua dalam proses kehamilan. Walaupun bayaran yang dikenakan sedikit tinggi, tetapi in sha Allah berbaloi. I jumpa jugak hari tu atas nasihat suami. Dan ada banyak benda yang I dapat. Antaranya dari segi pemakanan, senaman dan pengambilan multivitamin. Doc tu kata, makanan sebenarnya, kita boleh ambil apa-apa saja. Tak ada masalah. Asalkan tak berlebihan sudah. I ingat masa awal-awal peknen mak dah pesan, tak perlu pantang-pantang sangat. Makan ajelah. Once dah start pantang, tu yang jadik macam-macam tu (etc : nenas, durian belanda, pisang, pulut)

Kehamilah bagi setiap individu adalah berbeza bagi I. Sebab sebelum ni housemate tegur tak boleh makan pisang, durian belanda dan satu dua perkara lagi. Alhamdulillah, walaupun I kebanyakannya mengidam dan makan benda manis, Alhamdulillah tak ada masalah kencing manis. So bagi I, ianya berbeza dan bergantung pada seseorang tu jugak. Yang penting, minumlah air kosong yang banyak dan tawakal.

Persediaan dari segi rohani bagi umat Islam juga penting seperti mempedengarkan bacaan surah Taubah, Maryam, Yusuf dan Luqman. Selawat sebelum tidur dan di awal pagi dan pembacaan Al Quran in sha Allah membantu melahirkan bayi yang sihat.

Ok, setakat itu sahaja. Hmm akan update lagik, in sha Allah.

0 comments: