.

seposen untuk Porsche

Wednesday, June 12, 2013

Hari Raya dan Bulan Puasa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/12/2013 08:43:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.


Emm...setakat ni aku rasa dah dua kali aku tanya dia, dia dapat cuti first leave ke second leave. Almaklumlah, pertama kali sambut raya berdua. Sebelum ni sambut raya aku dengan family aku jek. Ni dah kira ada dua family. Syukur jugak jarak kampung aku dengan Asben tak jauh, ala-ala sejam setengah gitu sampai, kalau dia yang drive la. Kalau aku yang drive, mau cecah dua jam setengah.

Ikutkan hati, masing-masing nak bermalam raya di kampung masing-masing. Aku kat Muar, dia kat Labis. Mak aku pun kata, " Kalau dia, dia pun kerasan kat Maokil," bila daku utarakan perkara tersebut.

Apa-apapun, pengalaman cuti sekolah mengajar aku erti menabung duit di musim cuti sekolah yang lain. Kerana tika inilah, duitku bertaburen di atas jalan. Banyak berjalan, banyak jugaklah yang dibelanjanya. Maklum aku ni peknen, setiap kali berhenti buang air kecil, terbuang jugalah duitku di stesen minyak Petronas RnR. Apa taknya, ade je benda yang aku beli. Coklat, air, cekedis, biskut. Semua ini kulakukan untuk menahan mata dari mengantuk lalu dapat menemankan dia sepanjang perjalanan ecececeh.

Aku fikir-fikir, payah sangat, raya jek kat Lumut. Haa masin mulut aku, beraya la aku dengan KFC ke, Mekdi ke, huhu. Mana aku reti berendang ketupat bagai. Ketupat segera lepas la, lodeh lepas la, kuah kacang? Rendang? Tak habis menuntut lagi benda-benda tuh. Tu la, dulu nak kawen tak fikir, bila dah jadik menda-menda cenggini, susah hati aku dibuatnya.

Akan aku pujuk dia, supaya malam raya kat rumah aku. Heheh..pastu pas semayang raya balik la Labis. So next year kalau dipanjangkan umur pulak, malam raya rumah dia, pas semayang raya dan malam raya berikutnya rumah aku pulak. Hikhik. Aku bukan apa, eksited la jugak sebab kali ni dapat cuti raya sampai dua minggu. Sebelum ni cuti raya seminggu jek. Lepas tu naik sekolah, aku akan bekerja untuk dua minggu lagi sebelum maternity leave, in sha Allah. Hee...kan ke indah tu namanya.




0 comments: