Assalammualaikum w.b.t.
Aku tak pasti apa punca batuk yang sebenarnya. Tapi aku memang ada alah sikit dekat ais. Kalau ambik sekali sekala tu tak apa, ini kalau ambik secara kerap, memang akan batuk lah aku jawabnye. Oleh kerana baru-baru ni aku diserang batuk panjang, aku telah mencuba berbagai cara. Tapi aku tak ambik ubat, sebab doktor tak bagi.
1. Air kelapa muda campur garam sedikit. Antara yang aku amalkan. Sebelum minum tu, selawat dulu. In sha Allah, berkesan. Tapi aku cuba untuk jangka masa kejap jek. Kalau diamalkan, boleh baik rasanya.
2. Madu dan limau nipis. Madu tu pastikan madu lebah asli ya, bukan madu makan untuk campur dalam masakan. Sesudu madu dan perahan limau nipis, telanlah perlahan-lahan.
3. Bunga belimbing buluh dalam segenggam, dicuci, jangan ramas. Campurkan dalam dua cawan air panas dan embunkan (biarkan) semalaman. Esoknya pagi-pagi sebelum minum, masukkan gula batu. Selawat, dan minumlah. Amalkan.
4. Elakkan pengambilan makanan berasaskan coklat dan koko. Bahan ini boleh menyumbang kepada kahak.
5. Elakkan/kurangkan pengambilan tepung putih. Tak pasti sebab apa, ada baca kat tenet jugak.
6. Elakkan pengambilan buah oren, pisang dan buah-buahan sejuk lain. Ini aku dapat tau dari akak kat tempat kerja. Susu lembu pun kalau boleh, jangan ambil. Menyumbang kepada batuk berkahak.
7. Ada banyak jenama ubat batuk yang tak mengantuk, terutamanya lozenges. Tapi aku kalau tak peknen, lebih prefer jenama Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa) dan Prospan. Prospan ni sangat natural bagi aku, tak mengantuk dan lembut pada tekak. Dan dua-dua jenis ni tak mengantuk. Ubat batuk mengantuk ialah Bena Expectoran (ejaan mungkin salah). Ini tahap mengantuk dia, memang terbaik.
Ok, itu antara yang boleh aku kongsikan. Aku punya batuk ni, awal-awal tu tak berkahak, tapi lebih kepada gatal di bahagian tekak. Time gatal tu ya Allah, meleleh-leleh air mata aku batuk. Gatal sangat, payah nak berhenti. Dan kalau macam tu, aku teguk air panas kosong. Baru la lega sikit.
Selamat mencuba.
Sunday, June 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sekarang ni musim jerebu. memg 2 3 hari ni cuaca berhabuk sikit.huhuu.. tekak pika pun gatal2, batuk bersin sana sini..
Saya dah batuk sebulan tak elok2..baru nak elok jerebu pulak. Sudahnya lambat nak baik huu
Post a Comment