sayatetapsaya betul
suasana dalam panggung tu gelap, cuma cahaya dari skrin jek yang menyuluh kelam. dalam gelap-gelap panggung di tengahari tadi, aku tangkap bunyik nih
"kroih...snniff..kroih..."
dengkur tak hengat. heh, kalau ade bunyik ajaib macam tu yang lawan speaker panggung, takkan aku buat dek jek. aku toleh. oh, mamat sebelah tertido, terteleng-teleng kepalanya. aku sengih sambil tengok citer balik. pastu aku dengar bunyi lagi
'kelepap, kelepuk!'
"abang bangun, orang tengok!" awek dia bisik. bisik ke hape camtu sampai aku pun dengar. hmm..ini kes boyfren nak tengok Avatar, girlfren nak tengok Sherlock Holmes, dan boyfren mengalah.
Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 29, 2009
revolusi sms
sayatetapsaya betul
'na uat pe r an'
'ta mam lg kew'
'na er? sy blanja k'
aku tergamam. kadang-kadang, aku hangin satu badan gak bila sms tu terlalu simple. mata nak tengok, pastu kena digest lagi kat otak untuk fikir pe la mamat ni nak tanya sebenarnye. dan kadang-kadang jugak, bila sesuatu benda tu terlalu simple, tak spesel la pulak jadiknye..kan?

Friday, December 25, 2009
sayang askarku
sayatetapsaya betul
1. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/12/malaysian-maverick.html baca komen pembaca blog dr.M mengenai politik Malaysia yang sedikit sebanyak membuka mata dan minda. sebab aku pun separuh tentera, aku tak setuju kalau aset-aset ATM didedahkan sepenuhnya.
2. Sejak penubuhan DAP , parti ini sangat menentang peruntukkan wang kerajaan untuk Angkatan Tentera. Kerajaan kita hanya memberi peruntukkan yang jauh lebih kecil untuk ATM berbanding sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan. Itu pun DAP bantah dan tentang.
Agenda sebenar DAP adalah untuk melihat ATM kita lemah. ATM yang kuat boleh memberi ancaman kepada keselamatan Singapura agaknya.
Baru-baru ini DAP meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat kehilangan enjit jet F5E. Mereka menuntut siasatan bukan sahaja terhad kepada 2 enjin itu sahaja tetapi juga kepada keseluruhan aset ATM. Maksudnya jika ditubuhkan mengikut kehendak DAP, laporan suruhanjaya itu meliputi keseluruhan aset tentera akan didedahkan kepada umum.
Mengapa kita tidak siasat dari mana DAP mendapat punca kewangannya?
*dipetik dari blog http://chedet.co.cc

Thursday, December 24, 2009
ambia
sayatetapsaya betul
duduk 'menengkreng' atas motor tunggu mak beli ikan, sayur-mayur, gosip dan memacam perkara lagi kat pasar mini tu, mataku ramah perhatikan orang keluar masuk kedai. tetiba,ada seorang yang betul-betul menarik perhatian.
orang kampung panggil dia 'ambia'. dilahirkan tidak berapa sempurna sifatnya, dari segi mental dan fizikal. kerjanya, memikat burung. dulu aku kecik2, aku tengok abah rajin tegur dia. orang2 kampung selalu gunakan dia untuk takutkan budak2 yang suka merayau waktu tengahari. 'nanti ambia tangkap kau baru tau!' ada jugak budak2 yang suka ejek dia, ah, orang tua pun ada jugak yang ejek dia.sekarang dah besar, ramai orang kampung aku tengok belanja dia makan kat warung, tegur dia, borak.
dia pun dah tua sekarang ni. rambut putih dah memenuh kat kepala. mulianya hati dia, sebagai seorang insan yang tak sesempurna orang lain. dia beli barang pun pakai duit, orang sekarang ni, yang cukup fizikal dengan akal, menyamun la, mencurik la even kat kedai.
walaupun dia macam tu, dia tegur orang. bebudak muda sekarang ni, lalu sebelah orang tua, pandang pun tak mau. aku kerap jugak tengok dia pakai baju melayu pergi solat kat masjid depan tu. sambil berjalan, dia membebel. apa yang dibebelkan, tak tahulah. tapi aku rasa sedih, jiran dekat2 umah aku ni, jumaat pun susah nak pergi.
sedih tengok dia, sebab kenapa? entah le. tapi bagi aku, darjatnya di sisi Allah swt pasti tinggi. mak aku kata, orang macam tu tak banyak buat dosa nak dibandingkan kita ni...

Wednesday, December 16, 2009
tandas aka jamban
sayatetapsaya betul
terbangun dari tidur, aku terasa perut memulas-mulas. tahan kejaplah. aku cuba tutup mata. seminit...dua minit...peh, kaki dah rasa sejuk, pastu rasa berpeluh pulak. hadoi...ini memang simptom2 di hujung pucuk nih. aku tengok jam kat phone, pukul 2 pagi. ah,sudah. rumah memang dah gelap la. terbayang tandas kat luar rumah, jauh ouh! dengan gelapnya suasana
aku bangun. dalam kesakitan, aku berfikir-fikir nak kejutkan atuk ke tak payah. takutnya nak melepas pepagi buta camni. nak tunggu subuh lambat lagi, ade harapan constipation keesokan hari kalau tahan. ah, kejut je lah. lagipun, atuk dah beri jaminan awal-awal. ade kes kecemasan camnih, kejutkan aje dia. nanti dia teman.
aku pun ketuk pintu bilik atuk dan goyang2kan bahu atuk. dalam masa seminit, atuk berjaya bangun dan hulurkan aku lampu suluh serta ubat nyamuk.
'gi dulu, jap lagi atuk-'
cup!! terus aku bukak pintu rumah, lari-lari terus pergi tandas kat belakang rumah yang jaraknya dalam 80m tu. seminit dua aku dalam tandas, tak dengar derap kaki atuk. aku tak heran. masuk lima minit. aku rasa cuak. mana atuk nih? aku jenguk kepala.
huwaa!!! atuk tengok dari tingkap bilik dia jek! sambil menopang dagu. ah, haru sudah. time berangan tadi, mana aku fikir takut. dah setel urusan ni, mula la kecut perut nak balik rumah. gila, aku rasa macam nak tunggu dalam tandas tu sampai esok pagi. sudahnya, lampu suluh dengan ubat nyamuk ke mana, aku bertempiaran lari masuk rumah di pagi hari.
p/s: kenangan. masa benda tu jadik, memang rasa tak best. tapi bila ingat-ingat balik, kelakar pun ada.
Monday, December 14, 2009
Sunday, December 13, 2009
kabel
sayatetapsaya betul
sewaktu duty kat QM, ade lagi beberapa orang kadet regular duty skali time tu. per'borak'an banyak berkisar pasal diorang dan Navy. tanya sorang kadet ni, berape umur dia coz dia tak nampak baya-baya aku pun.
'22 la, haa...yang ni (sambil merujuk member di sebelah) 21'
aku tercengang. te..hehe..comeynye la ko ni kan
'ko masuk Navy ni pakai kabel ker?' tanyaku tanpa rasa syak wasangka. terus si Basit ni sengih sambil toleh kat member dia lagi sorang tu.
'ade plak kabel-kabel' katanya dan terus cerita proses dia masuk Navy dari awal-awal dulu sampai la sekarang.
last day hari nak balik tu, baru aku dapat tau dia tu anak panglima...gila besar kabel dia! entah-entah dia kecik ati kot aku tanya macam tu. sorry...gua tak tau..
p/s: fikir sebelum tanya.

Friday, December 11, 2009
L.U.M.U.T.
sayatetapsaya betul
baru balik training Palapes kat Lumut. takder la penat sangat memandangkan pergi sebagai senior. tapi tahap mengantuk dia memang champion. baru jek mandi pagi, after sarapan dah ngantuk balik. padahal bukan buat ape pun.
kat Lumut, seronok kalau pergi dan kau:
1. LDOD : peh..time latihan tetap kena turun, tapi paling syok, kau duduk belakang. dan time orang lain terlompat2 buat jumping jack ataupun push-up, kau bole tengok sape yang belit sambil sengih2 kambing
yang tak syoknye : ade jek pegawai regular yang takleh tengok orang2 LDOD ni. ade je time orang lari2, kau kena kutip sampah la, menyanyi la, belajar piping la... kalau jenis yang baik, dapat tengok tv
2. SOB : yang ni memang sakit betul. tak payah turun training dan boleh duduk kat mess (bilik). orang lain berlari tetengah panas, kau boleh baring2 sambil bukak kipas. nyaman tak terkata. ataupun mase rounds malam, orang lain kena berdiri tunggu pegawai, kau bole baring. bila dah sihat, bole cuci baju dan mandi sepuas2nya mase orang lain takde.
yang tak syoknye : time makan, kau la orang paling lewat makan sebab makanan kena tunggu orang hantar. besenya, sob tak heran pasal makan, yang penting ubat dan tido jek.
3. Duty : setakat duduk dekat Quarter Master keje yang mudah. paling syok kena duty pukul 2-4 petang, 4-6 petang, bole secure aktiviti petang. duduk jek, borak-borak dengan pegawai ke, kadet ke, lepas tu time makan, kau dulu makan
yang tak syoknye : kalau kena duty pukul 2-4 pagi, 4-6 pagi, memang lebam mata jalan sorang2 dari blok ke QM. jawabnye..tak tido malam la
4. Midshipmen : agak syok la, sebab tak perlu keringkan tandas, tak perlu bangun pukul 4 pagi untuk aktiviti larian pagi, tak perlu Stand by bed untuk rounds (lawatan malam), aktiviti pun lagi best sebab banyak praktikal, takde kelas.
yang tak syoknye : takde kot..hehe aku enjoy jek
5. Kadet : serius best! sebab sangat pack dengan aktiviti, badan rasa sihat sebab aktif. tido pun lena semacam, sampai dalam kelas pun tertido2.
yang tak syoknye : buat kerja macam lipas kudung. tido tak cukup, satu hal. pastu berlari ke sana sini. lepas makan pun kena lari jugak, senak perut dibuatnye.
setakat yang dapat dikenalpasti. ape pun, kat sana la jumpe ramai kawan..

Categories
hidup,
Navy,
Palapes Laut USM
Thursday, December 10, 2009
kira-kira
sayatetapsaya betul
situasi : waktu malam, sedang mengajar si adik mengira sebab kena tolong dia siapkan kerja tuisyen.
'eh, kau kira campur jari tangan dengan jari kaki?'
'ha'ah la, kat sekolah pun adik buat camni gak'
Subscribe to:
Posts (Atom)