.

seposen untuk Porsche

Thursday, December 24, 2009

ambia

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/24/2009 09:33:00 AM
sayatetapsaya betul

duduk 'menengkreng' atas motor tunggu mak beli ikan, sayur-mayur, gosip dan memacam perkara lagi kat pasar mini tu, mataku ramah perhatikan orang keluar masuk kedai. tetiba,ada seorang yang betul-betul menarik perhatian.

orang kampung panggil dia 'ambia'. dilahirkan tidak berapa sempurna sifatnya, dari segi mental dan fizikal. kerjanya, memikat burung. dulu aku kecik2, aku tengok abah rajin tegur dia. orang2 kampung selalu gunakan dia untuk takutkan budak2 yang suka merayau waktu tengahari. 'nanti ambia tangkap kau baru tau!' ada jugak budak2 yang suka ejek dia, ah, orang tua pun ada jugak yang ejek dia.sekarang dah besar, ramai orang kampung aku tengok belanja dia makan kat warung, tegur dia, borak.

dia pun dah tua sekarang ni. rambut putih dah memenuh kat kepala. mulianya hati dia, sebagai seorang insan yang tak sesempurna orang lain. dia beli barang pun pakai duit, orang sekarang ni, yang cukup fizikal dengan akal, menyamun la, mencurik la even kat kedai.

walaupun dia macam tu, dia tegur orang. bebudak muda sekarang ni, lalu sebelah orang tua, pandang pun tak mau. aku kerap jugak tengok dia pakai baju melayu pergi solat kat masjid depan tu. sambil berjalan, dia membebel. apa yang dibebelkan, tak tahulah. tapi aku rasa sedih, jiran dekat2 umah aku ni, jumaat pun susah nak pergi.

sedih tengok dia, sebab kenapa? entah le. tapi bagi aku, darjatnya di sisi Allah swt pasti tinggi. mak aku kata, orang macam tu tak banyak buat dosa nak dibandingkan kita ni...

0 comments: