.

seposen untuk Porsche

Saturday, April 30, 2011

Churros :: buruk-buruk pun laku

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/30/2011 07:01:00 PM 0 comments
Churros ialah sejenis donat, lebih dikenali sebagai Spanish doughnut, bentuknya macam kentang goreng Mekdi yang besaaar tapi rasanya tak macam tu pun.


Haa..besar kooo aku hadapkan gambar sebenar orang nih. Ini bentuk sepatutnya sebagai seketul churros jadian. Bentuk bintang-bintang dan kemudian masa panas-panas, makan dengan sos coklat atau Nutella.

Tapi, churros aku special sebab kekurangan peralatan menerap. Menjadikan bentuknya...

*

*

*

*

*

*


Hahah! Jangan kata orang, aku yang masak pun nak gelak. Sepatutnya selepas goreng keemasan tuh, terus tabur dengan gula ising dan makan panas-panas. Tapi bibik rajin. Nak buat sos coklatnya sekali. TETAPI entah macam mana, aku malas nak buat sos. Jadi aku makan dengan madu.


Yezza... madu yang Subhanallah lazat ni. Nampak kan madu aku dah nak abes tuh? Aku pakai untuk masker muka sekali. Caranya? Oat, gula perang ngan madu sesudu. Pastu tepek kat muka kasi 10 minit and cuci.


Makan panas-panas dan wallaa~ Kak chik puji, 'sedap la kau buat' sambil gelak-gelak. Aku tempeleng kang baru tau.

Teksturnya lembut, dalam macam roti tapi luarnya rangup. Lepas tu aku rasa macam sedih sebab churros aku buruk. Tapi bila aku Google gambarnya...


Ahahahahahahahahahah ada je yang sama buruknya dengan aku punya churros

Resipinya:
2 cawan air paip (water cooler tak boleh!)
3 cawan tepung cap Kunci (tepung cap lain tak boleh!)
2 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1 biji telur ayam

Caranya:
Masak air sampai mendidih. Pastu masukkan mentega/marjerin, gula dan garam. Dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul (boleh tutup api). Kendian masukkan telur dan gaul rata. Lepas tu, panaskan minyak dalam kuali. Masukkan adunan dalam piping bag, tekan dan goreng. Resepi dari blog irmadilondon.

Thursday, April 28, 2011

lain orang, lain caranya

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/28/2011 04:25:00 PM 0 comments
Yaa..manusia memang berbeza. Kalau nak kata yang kembar pun semua nak sama, pasti ada 1 benda yang membezakan diorang. Aku pun tak terkecuali. Hah, nak cakap pasal puding karamel je pun.



Puding karamel ni memang feveret aku. Kat mana-mana aku pergi, kalau ada jual, aku cuba. Ada yang aku beli masa bulan puasa depan kompleks RST dulu, akak tu jual. Huu..mahal nkoo! Satu plastik (ada 2 ketul) rm1.00, kecik plak tu kuih die, nipis. Pastu kuah gulanya (karamel) pahit nak mati. Macam tu rumet aku, si Ain tu kata 'sedap'. Haha memang out lah dari tekak aku.

Lepas tu aku try pulak dekat Anjung Budi. Sedap. Dari segi tekstur, dah ok. Halus dan lembut. Tapi dari segi rasa pulak. Bukan nak kata, cuma terlalu rasa gula. Manis je lebih. Tapi ok la, dah baham time lapar kan, habis jugak sepotong aku dengan Zatil kerjakan.

Ada jugak kawan aku buat sendiri. Dia pakai susu cair, gula and 5 biji telur. Yang ni aku tak berapa minat sangat sebab rasa gula tu dan karamelnya yang berwarna pucat. Lepas tu kukus pakai rice cooker berejam, emm menangis tuan rumah bayar bil letrik.

Terkemudian aku makan dekat rumah Kak Arna. Dia punya puding pakai roti, biskut kraker ngan telur. Sedap, tapi aku makan seketul rasa muak dah. Sebab bahan-bahan tu macam dah 'full' kan puding tu. Walaupun sedap, tapi aku cuma larat telan seketul je.

Haha, aku tetap suka puding yang Iera Sshi bagi kat aku. Bagi aku puding dia perfect. Dia guna 10 biji telur, susu pekat setin and air kosong setin. Tekstur puding tu...halus, lembut dan gebu. Memang perfect! Lepas tu karamelnya memang warna perang terang dan agak kegelapan, tapi tak pahit. Hmm...masak sendiri memang memuaskan hati berbanding yang dibeli, kan?

Monday, April 25, 2011

Cerita syahdu ketika berpuasa...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/25/2011 08:47:00 PM 0 comments
Ketika jam tepat berbunyi pukul 5 pagi, mak membuka lampu bilikku. Mengejutku bangun sahur untuk berpuasa. Dalam kemalasan melawan bisikan iblis agar terus tidur (kau tidurlah....bukan mati pun kalau tak bersahur...), aku bangkit juga. Terus aku pergi ke dapur. Mak selongkar periuk kemudian hilang ke bilik air. Aku pun tengok periuk. Ada nasi. Peti sejuk ku buka, telur ayam 2 biji ku basuh, minyak dalam kuali dipanaskan dan...

Siap menghidangkan kicap dan telur goreng beserta sedikit nasi sejuk, mak muncul dan kami mula mengalas perut dalam keheningan pagi. Setelah minum segelas air kosong, langsung aku ke bilik. Emak pula meneruskan rutin mengejut adik-adik untuk ke sekolah.

***

8 pagi hari ini.

'Kata nak potostet sijil tu ha, cepat le siap,' arah abah dari luar rumah. Hmm...dalam malas-malas aku mandi. Sejuknya air tak usah kira...sekadar basah-basah badan kemudian cepat-cepat aku bungkus tuala. Sejuuuuk.

Tepat pukul 10 pagi, aku, mak dan abah berada di Bandar Maharani mencari-cari kedai fotostet. Kereta diparkir di tepi jalan, lantas aku berjalan sendirian menyelusuri kedai-kedai di sekitar bandar. Panasnya hari usah dikira. Tetapi entah dari mana tenaga itu datang untuk aku berjalan dalam terik mentari. Nikmat berpuasa barangkali. Pulang dari fotostet, abah dan mak sudah menunggu di luar kereta. Lalu mak...

'Kakak, abah ajak makan mee bandung Wah San,'

'La?'

***

Memang sedap mi bandung kat situ. Tun Abdullah Ahmad Badawi, YAB Ghani Othman, Chef Wan dan ramai lagi orang besar dah makan kat situ. Kalau tak caya, tengoklah gambar kat kedai diorang.

And there goes my puasa sunat.

Saturday, April 23, 2011

sombongnye ko skang...piiirah!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/23/2011 12:19:00 AM 0 comments
Pernah jadik menda camni? Kau add kengkawan kat pesbuk ke, prenster ke, waima yang dalam list tepon ke..lalu tak pernah kontek. Lalu tetiba satu hari dia hantar mesej dan kata :

'Wah...kemain ko skang..mentang-mentang la da keje/sambung blaja langsung tak hengat kat haku kan..nak mesej aku pun susah...'

Waddehek? Kau sendiri pun tak pernah nak mesej-mesej aku, cakap aku sombong plak sebab tak mesej kau? Homaigod homaigod.

Ok, mungkin tak bengang sangat kalau dia tegur :

'Lame tak dengar citer...pekaba skang?'

Itu lebih bagus la, selain dari cara teguran yang pertama tu. Pastu tak sempat aku reply apa-apa, kau terus offline. Peh, mantap gila!


Thursday, April 21, 2011

r.i.m.a.s.

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/21/2011 11:19:00 PM 0 comments
'Boys always want what other boys want'
                                                             -The House Bunny

Sedikit sebanyak, betul jugak.

Perempuan perlu ke pandai memasak?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/21/2011 07:36:00 PM 1 comments
Perlu ke perempuan pandai memasak? Entahlah, kalau dari sisi Islam macam mana pulak ye? Tapi bagi aku la kan, pandai memasak bererti menjimatkan kos hidup! Sebab tak payahlah nak makan luar hari-hari. Kos makan kat luar sebenarnya laaaagi tinggi berbanding masak sendiri. Jadinya, lebih baiklah memasak sendiri.

Lagi pun, kalau orang perempuan pandai memasak lagi bagus kot sebab kaum hama  hawa yang agak sibuk dengan urusan harian, tak sempat makan. Jadi kalau pandai masak, senang la nak bawak bekal sandwich ke, milo ke, pape je lah sepanjang masa sibuk tu.

Lagi pun, aku wajib harus belajar memasak. Almaklumlah, mak aku tak bising sangat kalau anak daranya tak reti memasak. Tapi mak-mak sedara termasuklah abah aku meeeemang bising.

Ha, azam aku untuk minggu ni ialah belajar memasak! Ok, bukan masak lemak ke, asam pedas ke, rendang tok nenek ke, bukan ye. Cuma masakan simple-simple yang memerlukan kos rendah. Yang penting, barang boleh ulang guna 2 3 kali. Bukannya apa, jimat. Heheh



Pancake a.k.a. lempeng. Aku makan yang dekat Mekdie punya tu adoi..sedap! Yang ni senang je, tapi yang senang tu lah yang paling susah sekali nak buat, ye tak?



Cupcakes ni bagi sesiapa yang terel membuatnya, buleh buek bisnes. Den takdo nyo la ha nak buek bejual, den nak mentekedarah tokak sendiri yo.



Haa..ini basic punya. Kengkawan aku yang tak rajin masuk dapur, waima tak reti masak sekalipun tau buat kek coklat. Untuk raya kali ni, aku dah berazam nak letak kek ni kat tengah-tengah meja MUAHAHAHA biar terbeliak mata orang kampung tengok.

Hari tu on the way balik Johor dari Penang, singgah dekat Seremban dan aku terus pergi kedai donat Dunkin tu. Sedap gilos chicken mayo sandwich dia! Harganya pun sedaplah ye, RM8.30. Tapi saiz memang puas hati, dengan intinya yang melambak. Cuma...aku prefer lagi kalau lebih sos cili.


Pics kredit to gugel

Haaa..nyam nyam..sedap.

Sunday, April 17, 2011

goyang kaki dan menguap~indahnya...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/17/2011 12:49:00 PM 0 comments
My practical ends Friday. Means no more writings and shouting and yelling and wearing heels and whatsoever. After that, were rushing to go to SMK Bukit Mertajam 'Ice' English Camp with my friends and Dr. Kabilan until yesterday. Now, i have all the time in the world to home-manicure and pedicure, home-facial treatment and it was nice.

But somehow, i felt the presence of 'lonely' and 'sadness' slips into my heart. After this, there would be no more life as a students and as a free teenager who just thinking whether to attending the kuliah or not. There would be no more karaoke until the break of dawn, there would be no more supper at 3am, there would be no more midnight movies and so on and so forth.

Life will changed 360 after this. Aww... *yawning*

I was still thinking about what happen after this. Leaving one chapter and start a new one isn't that hard, because before this i used to leave few chapters back and still i kept the good memories with me. But for this special chapter in my life, i dunno if i'm ready to let it go or not. Because this chapter of my life taught me that being yourself is all that you need to make sure you'll survive in this world. This chapter teac me about life is not hard as you see, but it is how you see it that determine the outcome.

In my p.o.v., i was thinking that it is easy for us to take something that is nice and beautiful, but the hardest thing is how we're going to keep it so that it'll be ours forever.

At some point, we might thinking on to leave it there, the place where we taken it. But sooner or later, it will disappear. Either someone else taking it or it's just gone...forever. But if we keep it, somehow when we find another that is more valueable, we might not be able to take that one.

For me, i'll leave it there. Let it be someone else's things, but just keep watching it. So that we won't lose it. Continue to pick up other beautiful and nice thing, but the one we left, keep an eye on it.

Ok, blog aku kan? So, lantak aku la nak tulis panjang berjela-jela pun kan? Hee~sedikit preview masa pergi Pangkor hari tu. Kami memang rancang nak pergi situ lagi. Memang sangat cantik la!!!


Dah sampai!!!


Ingat lagi tak aku ada beritahu pasal cab kat pulau ni. Haa...van merah jambu ni lah teksinya. RM12 untuk 1 van, tapi kalau van ni full, dia akan caj RM20. Abang mahupun pakcik-pakcik teksi ni amatlah ramahnya, boleh tanya macam-macam (takde caj).


Pantai dekat sana memang cantik. Tapi dekat Teluk Nipah lagi cantik. Atas ni gambar dekat Pasir Bogak.



Haa..Teluk Nipah. Airnya...fuh! Memang sampai paras pinggang kau pun jernih lagi. Tapi masinnye...terbatuk-batuk jugak aku tertelan air laut tuh. Lama tak berenang, ingatkan berat badan bertambah, aku terus tenggelam. Tetapi...eh! Boleh je berenang style anak hanjing tuh. Lepas tu lenguh-lenguh tangan sebab tak warm-up sebelum berenang. Huu~



Makanan kat sana...perlu pandai memilih kedai. Kedai kat tepi-tepi pantai tu banyak jual makanan laut yang segar. Ikan barracuda dia, mata jernih jek. Ada jugak tempat makan yang ala-ala candlelight dinner. Hee~ongkosnya pun mahal la ye...




Itulah Pangkalan TLDM. Rindu gila aku kat tempat tu. Sebab dulu training kat situ, banyak kisah suka duka. Tapi semuanya dah jadik pengalaman manis yang paling berharga dalam hidup aku. Kapal Hang Nadim (134) pun ada hehe~sewaktu artikel ni ditulis, kapal tu tengah meronda kat perairan negara kita ni.

Aaaaah...bila nak balik kampung? Rindu pulak dekat orang kat Muar tu...

Friday, April 8, 2011

vacay #2

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/08/2011 11:30:00 PM 0 comments
InsyaAllah tomorrow..

Thursday, April 7, 2011

no title

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/07/2011 05:21:00 PM 0 comments
...

Tuesday, April 5, 2011

at last..

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/05/2011 03:12:00 PM 1 comments

I just couldn't believe that this was coming to an end! Gosh, when i first clicking my heels (heels la sangat) in here, i feel like it's going to be years until the 15th of April. Magically, when only 1 week left before it ends, it's like how fast time could flies.

Sunday, April 3, 2011

vacay

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/03/2011 02:36:00 PM 0 comments
2 weeks left before i ended my practical teaching with 'flying colours' ---->according to my wishlist. Ok, all in all, after all the hardwork, times, moneyssssssssss (means a lot of it!) and tears, think i should go on a holiday. Short vacation will do. Well, i was thinking in Malaysia. Of course! I want a bitch beach. I've already viewed few places on the internet and through my friends. And the list goes...

1. Pulau Pangkor


3 hours drive from Penang, costs around MYR 100/person for a trip included bus, van in the island and hotel for 2 days 1 night. Activity such as trekking, snorkelling, scuba-diving and wind-surfing. Wind-surfing sounds nice. No more banana boat time! Dekat dengan Penang lagipun.

2. Pulau Langkawi


Costs : RM150++/person
I've already been here twice, and it always beautiful as the first time i saw it. Langkawi Boutique Resort at Pantai Cenang located 15 minutes from the airport. No planes! Am gonna take bus if Langkawi is the last result. But the ferry rate is quite expensive now. When i went there during 2007, it was around RM15 if i'm not mistaken. Now it costs almost RM26 per person. Correct me if i'm wrong. If then, RM26 x 5(siblings) plus Mak and Abah. Huuu...belum sampai sana dah bengkrap.

3. Pulau Sipadan


Costs : RM 300+/person
My teacher went there and he told me that 'It is way tooooo beautiful!'. The water is crystal clear and one of the most beautiful beach in the world is there. If i'm going to take this island, i have to book ticket really early so that i'll get cheap price!

4. Pulau Pinang

Costs : RM 60/person
Not included hotels and food and the not-so-metered-cab
Oh, please.

5. Pulau Tioman


Costs : RM245/person
3 days 2 nights, meals, island hopping and activities well included. Worth the price, worth the beauty. My friends said that it is not a place for shopping (unlike Langkawi) but if u wanna get a peace of mind, it would be such a perfect paradise.

6. Pulau Redang


Costs : RM150+/person
Syukri been invited me since like years! Terengganu is his hometown after all and he doesn't mid to take me there. How handsome nice, isn't he? Haha. There a few options for independent traveler like me. More resorts located around the sandy beaches. Perfect. And as i going through the website, i found this!


Makes my heart jumping, jumping! I really wanna have a vacay!!!