.

seposen untuk Porsche

Thursday, April 28, 2011

lain orang, lain caranya

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/28/2011 04:25:00 PM
Yaa..manusia memang berbeza. Kalau nak kata yang kembar pun semua nak sama, pasti ada 1 benda yang membezakan diorang. Aku pun tak terkecuali. Hah, nak cakap pasal puding karamel je pun.



Puding karamel ni memang feveret aku. Kat mana-mana aku pergi, kalau ada jual, aku cuba. Ada yang aku beli masa bulan puasa depan kompleks RST dulu, akak tu jual. Huu..mahal nkoo! Satu plastik (ada 2 ketul) rm1.00, kecik plak tu kuih die, nipis. Pastu kuah gulanya (karamel) pahit nak mati. Macam tu rumet aku, si Ain tu kata 'sedap'. Haha memang out lah dari tekak aku.

Lepas tu aku try pulak dekat Anjung Budi. Sedap. Dari segi tekstur, dah ok. Halus dan lembut. Tapi dari segi rasa pulak. Bukan nak kata, cuma terlalu rasa gula. Manis je lebih. Tapi ok la, dah baham time lapar kan, habis jugak sepotong aku dengan Zatil kerjakan.

Ada jugak kawan aku buat sendiri. Dia pakai susu cair, gula and 5 biji telur. Yang ni aku tak berapa minat sangat sebab rasa gula tu dan karamelnya yang berwarna pucat. Lepas tu kukus pakai rice cooker berejam, emm menangis tuan rumah bayar bil letrik.

Terkemudian aku makan dekat rumah Kak Arna. Dia punya puding pakai roti, biskut kraker ngan telur. Sedap, tapi aku makan seketul rasa muak dah. Sebab bahan-bahan tu macam dah 'full' kan puding tu. Walaupun sedap, tapi aku cuma larat telan seketul je.

Haha, aku tetap suka puding yang Iera Sshi bagi kat aku. Bagi aku puding dia perfect. Dia guna 10 biji telur, susu pekat setin and air kosong setin. Tekstur puding tu...halus, lembut dan gebu. Memang perfect! Lepas tu karamelnya memang warna perang terang dan agak kegelapan, tapi tak pahit. Hmm...masak sendiri memang memuaskan hati berbanding yang dibeli, kan?

0 comments: