Churros ialah sejenis donat, lebih dikenali sebagai Spanish doughnut, bentuknya macam kentang goreng Mekdi yang besaaar tapi rasanya tak macam tu pun.
Haa..besar kooo aku hadapkan gambar sebenar orang nih. Ini bentuk sepatutnya sebagai seketul churros jadian. Bentuk bintang-bintang dan kemudian masa panas-panas, makan dengan sos coklat atau Nutella.
Tapi, churros aku special sebab kekurangan peralatan menerap. Menjadikan bentuknya...
*
*
*
*
*
*
Hahah! Jangan kata orang, aku yang masak pun nak gelak. Sepatutnya selepas goreng keemasan tuh, terus tabur dengan gula ising dan makan panas-panas. Tapi bibik rajin. Nak buat sos coklatnya sekali. TETAPI entah macam mana, aku malas nak buat sos. Jadi aku makan dengan madu.
Yezza... madu yang Subhanallah lazat ni. Nampak kan madu aku dah nak abes tuh? Aku pakai untuk masker muka sekali. Caranya? Oat, gula perang ngan madu sesudu. Pastu tepek kat muka kasi 10 minit and cuci.
Makan panas-panas dan wallaa~ Kak chik puji, 'sedap la kau buat' sambil gelak-gelak. Aku tempeleng kang baru tau.
Teksturnya lembut, dalam macam roti tapi luarnya rangup. Lepas tu aku rasa macam sedih sebab churros aku buruk. Tapi bila aku Google gambarnya...
Ahahahahahahahahahah ada je yang sama buruknya dengan aku punya churros
Resipinya:
2 cawan air paip (water cooler tak boleh!)
3 cawan tepung cap Kunci (tepung cap lain tak boleh!)
2 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1 biji telur ayam
Caranya:
Masak air sampai mendidih. Pastu masukkan mentega/marjerin, gula dan garam. Dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul (boleh tutup api). Kendian masukkan telur dan gaul rata. Lepas tu, panaskan minyak dalam kuali. Masukkan adunan dalam piping bag, tekan dan goreng. Resepi dari blog irmadilondon.
Saturday, April 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment