.

seposen untuk Porsche

Thursday, April 21, 2011

Perempuan perlu ke pandai memasak?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/21/2011 07:36:00 PM
Perlu ke perempuan pandai memasak? Entahlah, kalau dari sisi Islam macam mana pulak ye? Tapi bagi aku la kan, pandai memasak bererti menjimatkan kos hidup! Sebab tak payahlah nak makan luar hari-hari. Kos makan kat luar sebenarnya laaaagi tinggi berbanding masak sendiri. Jadinya, lebih baiklah memasak sendiri.

Lagi pun, kalau orang perempuan pandai memasak lagi bagus kot sebab kaum hama  hawa yang agak sibuk dengan urusan harian, tak sempat makan. Jadi kalau pandai masak, senang la nak bawak bekal sandwich ke, milo ke, pape je lah sepanjang masa sibuk tu.

Lagi pun, aku wajib harus belajar memasak. Almaklumlah, mak aku tak bising sangat kalau anak daranya tak reti memasak. Tapi mak-mak sedara termasuklah abah aku meeeemang bising.

Ha, azam aku untuk minggu ni ialah belajar memasak! Ok, bukan masak lemak ke, asam pedas ke, rendang tok nenek ke, bukan ye. Cuma masakan simple-simple yang memerlukan kos rendah. Yang penting, barang boleh ulang guna 2 3 kali. Bukannya apa, jimat. Heheh



Pancake a.k.a. lempeng. Aku makan yang dekat Mekdie punya tu adoi..sedap! Yang ni senang je, tapi yang senang tu lah yang paling susah sekali nak buat, ye tak?



Cupcakes ni bagi sesiapa yang terel membuatnya, buleh buek bisnes. Den takdo nyo la ha nak buek bejual, den nak mentekedarah tokak sendiri yo.



Haa..ini basic punya. Kengkawan aku yang tak rajin masuk dapur, waima tak reti masak sekalipun tau buat kek coklat. Untuk raya kali ni, aku dah berazam nak letak kek ni kat tengah-tengah meja MUAHAHAHA biar terbeliak mata orang kampung tengok.

Hari tu on the way balik Johor dari Penang, singgah dekat Seremban dan aku terus pergi kedai donat Dunkin tu. Sedap gilos chicken mayo sandwich dia! Harganya pun sedaplah ye, RM8.30. Tapi saiz memang puas hati, dengan intinya yang melambak. Cuma...aku prefer lagi kalau lebih sos cili.


Pics kredit to gugel

Haaa..nyam nyam..sedap.

1 comments:

Cik Bucken on April 21, 2011 at 10:49 PM said...

masak2 tu boleh memuaskan hati kite..bile masakan tu sedap..klu tak..pempaham sendiri...huhuhu