sayatetapsaya betul
bangun dari tidur pukul 5.58 petang, Noni mesej, 'Kau pergi keje tak?'. baru teringat yang shift aku dah masuk sejam yang lepas. terus aku kata, hujan. kalau ujan berenti, aku datang. sementara tu, kedai tutup dulu. Aku toleh sebelah aku, rumet tergolek dog. letih la tu. tiba-tiba, aku terus rasa sunyi.
biasanya, hari sabtu aku memang pack nak mati. apa taknya, bangun pukul 5 pagi, siap-siap untuk pergi Latihan Mingguan la, sepanjang hari kau duk berlengas dalam peluh sampai pukul 5 atau 6 petang. sampai-sampai bilik, semua tergolek dulu. dalam pukul 7 lebih baru bangun, solat dan terus pecut ke pasar malam isi perut. malamnya pulak kalau nasib baik, boleh la rehat kat bilik siapkan esemen ke..layan movie ke..keluar ke.. kalau nasib tak berapa baik macam masa zaman kadet dulu, tiap-tiap malam sabtu diorang bantai bagi roll-call. penatnya masa tu, Tuhan je yang tau. tapi itu dulu.
lepas tu, hari isnin, rabu dengan khamis pun letih jugak. hari isnin dengan khamis petang ada Aktiviti Petang pulak. aktiviti ni kalau kena gayanya, setakat lari round-round kampus je la. paling-paling kurang, main bola tampar, bola jaring dengan futsal. tapi kalau turun pegawai yang tak berapa masak sikit tu, mula la dia bagi punishment macam-macam. alasannye nak tengok kitorang fit ke tak. mananya tak fit bila kau kena guling la, starjump la, jumping jack la, kerbau pendek la, start pukul lima sampai pukul 8 malam plak tu. elok je 2 jam akan jadik 3 jam latihan petang. balik bilik, letih. tapi letih-letih pun, malam tu boleh fight lagi pergi group discussion la, ready untuk test esok la, buat assignment la. tapi itu dulu..
pagi rabu selalu bikin kacau. buat insan-insan stok membuta bangun sampai matahari dah segalah tu, memang adventure nak suruh diorang bangun pukul 5 pagi. lepas subuh jek, dalam pukul 6.15 camtu trus pergi padang kawad sebab ade Baris Pagi. kitorang panggil M.I jek. lepas tu sekor-sekor datang pagi tu dengan mata lebam. ngantuk lagi. dulu zaman kadet dengan junior mids, memang pagi-pagi buta kau da berpeluh buat punishment. biasanya dapat la 2 set sebelum start mi, da abes check baris kang, dapat lagi 2 set. pukul 8 mi abes, sume pergi kelas. letih sebab tido malam tu komfem2 la area 12 atau 2 pagi baru lelap, lepas tu kena bangun pagi, pergi MI. kalau kelas pukul 9 start, ada la 2 pilihan. ponteng atau pergi kelas. kalau aku dulu, ponteng. kuasa aku nak pergi kelas, baek aku sambung tido. tahun 1 kat usm, ade la beberapa kali jek aku g kelas pagi rabu, lain sume terkubur bawah selimut. hehe.
masa yang free cuma hari selasa dengan ahad. malam jumaat selalu ada Rounds atau Lawatan Malam. bilik kena pastikan tip top tahap kebersihan tu. jangan main-main, diorang jumpe habuk atau selai jek rambut gugur, berpeluh kau malam tu. bukan kau je, dengan satu intake kau berpeluh. sesak tak sesaknye hidup kalau da tiba ari jumaat ngan sabtu tu. dah la kau kena berdiri lame-lame dalam bilik, tunggu pegawai datang. ade yang detect kau duduk jek, kau berpeluh dulu dalam bilik sebelum kena ramai-ramai. tapi aku dulu duduk jek, kadang-kadang tu makan dulu buah, sambil kunyah, sorang jaga pintu bilik kot-kot la senior da sampai. lepas tu buah tak abes, main campak jek buah tu ikut tingkap.
naik midshipment tahun 3, baru terasa biasa dengan jadual ni. so, bila tiba hari sabtu, automatically akan full. dan bila takde apa-apa, rasa bosan gila. pagi tu bole hadap lagi, da masuk lepas lunch ke petang, rasa bosan. aku punya effect lagi cepat, bangun pagi sabtu tanpa training jek terus rasa bosan. sebab biasanya rancang hari ahad untuk bergonjengan. tapi bila ade 2 hari free, takkan nak 2-2 ari gonjeng. mau kayap poket.
so, ari ni bila kami berpeluang jumpe untuk kali terakhir sebelum tauliah kang, peluang tu digunakan sebaik mungkin. cuma masih ade beberapa orang yang tak dapat datang. nak wat caner kan? seronok, siap bakar ayam, goreng bihun, ade sambal lagik. memang aku, sepanjang 3 tahun kat usm ni, kengkawan aku paling2 rapat pun dalam Navy ni la. memang la ade mulut kata aku tak berkembang, kawan dengan dak Palap jek. abes tu, da susah senang bersama. kengkawan lain tu, yang senang bersama ramai la, susah sama-sama tu..ade. tapi susah la nak jumpa. so, ape yang ada ni baik aku hargai betul-betul.
pernah aku bayangkan sem depan tanpa diorang, ni sem last bagi yang 3 tahun, course aku 4 tahun. berat jugak. sebab dah biasa kot. tiap-tiap kali bukak sem akan ada acara makan semeja satu intake. dengan sambutan besday yang horror gila! rasa macam tak puas pulak dengan diorang ni. aku tak tau la aku yang feeling lebey-lebey ke ape, tapi memang aku akan rindukan diorang la. bebudak trans memang la 4 tahun gak, tapi...memang susah la kau nak jumpa balik bila da takde Navy ni.
9am in the morning
best buddies dua orang ni buat peace. heh, kalau terlanggar divider tu, tak la aman sangat kot~
ok, mandi-mandi is the most exiciting activity of the day! kedalaman air -2 meter
makan also part of the exciting activity, thanks to bbq-er Porke, Bibi..k, Arfa and sape lagi ntah
aktiviti wajib, terjun!
after fully dressed, camwhore dlu
going back home..
korang memang tak cun, hensem pun tak, bajet je lebih- orang kata.
korang best, cheerful, kacak, giloss cun! -aku kata
malam sebelumnya, aku jumpe dengan dua orang buddies aku zaman-zaman sekolah menengah dulu. yang ni takmau cerita lanjut. sebab diorang bitau aku aweks-aweks mereka tak senang aku cun sangat heh perasan! overall, it was a fun weekend (n_n)
peace! u guys in my blog!