.

seposen untuk Porsche

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday :: The Make up

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/30/2011 06:56:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


1. Summer Indian




2. Arabic




3. Simple






4. Nude






5. Cleopatra





6. Bold

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday :: The Book

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/23/2011 08:56:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.



Tuesday, November 22, 2011

Another Shawl Tutorial

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/22/2011 08:25:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Setelah melihat banyak hits menuju ke tips pakai selendang. Mari sini saya tunjukkan 2 tutorial pakai selendang. Satu jenis satin dan satu lagi jenis pashmina. So, next time I'll upload more style ok. This is the usual Hana Tajima style, so I just show to you how I'm using it. It's simple and just to make sure, cover your chest. By the way, I was thinking of giving a tutorial on how to make turban style. It's in, isn't it?



Letakkan selendang 3 tone (supaya lebih menyerlah gitu). Bahagi sama untuk kedua-dua hujung.
Ambil sedikit bahagian depan kedua-dua belah, bawa ke belakang (bahagian sanggul) dan pinkan.
Dan membentuk telinga beruang kat situ.
Kemaskan supaya nampak ombak-ombak ala Hana style.
Ambil bahagian kanan selendang dan kemaskan di bahagian kiri bahu. Kemaskan supaya menutupi bahagian dada anda sepenuhnya.
Bahagian kiri pula pusingkan ke belakang, dan kemudian pinkan juga di bahu kiri. Kemaskan pula bahagian belakang. Dah siap!



Ok, the second style would best if you use pashmina. This one is simple and again, cover your chest.



Bahagikan kedua-dua hujung sama rata.
Untuk bahagian kanan selendang, ambil bahagian dalam selendang.
Pinkan dekat bahu kiri.
Bahagian kiri selendang yang masih berjuraian tu, ambil bahagian dalam.
Lilitkan ke bahagian atas kepala dan pin. Kemaskan supaya nampak alunan yang natural.
Taraaa! Dah siap.

 Apa yang penting, stail macam ni tak perlukan sanggul ciplak yang besar dan nampak pelik tu. Dan juga ianya menutupi dadamu. Tidak perlu ya memakai tudung lalu terbonjol sana sini. Selamat mencuba!

Monday, November 21, 2011

Wedding to remember

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/21/2011 07:09:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.



Kamariatun Nahariah and Hazli Dzazali


Nur Hidayah, Za Salehan, Azura Jasmi dan Fara Haneem


This is from my cousin's wed. It's nice to have a Javanese wedding concept and to have a sponsored kebaya for all of us. Congratulations to both, Kamariatun Nahariah Kamal and Hazli Dzazali. You guys look totally adorable. A dashing groom and a darling bride.










Selepas nikah, ada satu majlis lagi iaitu penyerahan tanggungjawab anak gadis kepada suami anaknya yang sah. Masa Pak Ngah (ayah pengantin perempuan) melafazkan ayat-ayat tu, tak terasa apa sangat. Tapi sekali Mak Ngah (mak pengantin perempuan) menyerahkan anak gadisnya, mak haih, sentap terus aku, Farah dengan Dayah. Masing-masing punya la payah cover sebab mata dah berair...tunggu gugur jek. Dah la jaga Candy Buffet dengan Guest Book...waa!!!






Majlis Malam Berinai. Majlis kecil-kecilan sahaja tapi it's my first time ever. Sebelum ni ingatkan malam berinai tu time tu la orang pakai inai. Rupanya lebih kurang macam tepung tawar jek.










Malam berinai tu jugak ada majlis lain seperti Marhaban dan Berzanji. Meriah walaupun hujan agak lebat tapi semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.



The Kebaya outfit (Majlis Persandingan)








Sementara pengantin bersanding di atas pelamin, kami dayang-dayang telah diamahkan tugas-tugas khas di Candy Buffet, Guest Book, bunga pahar dan memberi cenderahati kepada tetamu. Kemudian pengantin pun diarak ke meja makan berdamai. Lepas tu dayang-dayang pun...















Haa...seronok ok. Sebelah abah, ini kira yang agak last la dari kalangan sepupu rapat dari kalangan adik-beradik abah. Kira penutup tahun jugak la. Tunggu tahun depan la ye nampaknya.. Apa-apapun, tahniah untuk kedua-dua mempelai.








Wednesday, November 16, 2011

wordless wednesday :: The Gown's

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/16/2011 11:52:00 PM 0 comments



Assalammualaikum w.b.t.


Wan's gave me the idea of designing my own gown for the kenduri. It's more like an abaya rather than gown. He's wishes for purple and I want grey.








Tuesday, November 15, 2011

Sebab esok Wordless Wed, jadi hari ini tulis panjang-panjang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/15/2011 11:01:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Korang ada tengok tak satu citer Disney tajuknya Into The Wild? Citer tu pasal sorang mamat kacing ni cuba untuk hidup tanpa menggunakan duit. Kononnya la. Macam mana dia survive? Dia tinggal dalam sebuah van, dia memburu binatang liar macam tupai, musang etc. etc. untuk dimakan. Dia mandi dekat sungai. Hidup tanpa televisyen dan teknologi terkini. Berhubung menggunakan surat sahaja.

Gila! Sebab? Aku takkan makan tupai...musang...mintak jauh la. Tak pernah dibut orang Islam kot makan tupai dengan musang. Lain la kalau dalam keadaan darurat. Tapi aku memang perlu survive sekarang.

Kata orang, sepatutnya kita cari penyelesaian, bukan fikir pasal masalah. Tapi kalau tak fikir pasal masalah, macam mana nak carik punca masalah. Dan kalau tak jumpa punca masalah, macam mana nak selesaikan masalah?

Jadi, penyelesaian masalah ialah aku perlu pergi kerja. Duit jual kuih tak cukup. Nak nak kalau yang order tu kebanyakkannya sedara-mara sendiri. Semua pun main cuit-cuit 'ala, sedara takkan kira mahal'. Emm...kerja ikhlas boleh jadi tak ikhlas. Sepanjang tahun diskaun.

Tolak tepi. Nak carik fixed job. Sekarang kita umat akhir zaman ni, manusia tak pandang sumber rezeki tu halal atau haram. 7e harus tolak awal-awal. Jual minuman keras. Nak nak yang beli tu ramai sekali umat Islam... Jadi aku nasihatkan, pada yang lepasan SPM tu kalau nak kerja, elakkan la kerja 7e ya dik. Hukum orang yang menjual, membuat sama la dengan orang yang meminumnya. Bila ada unsur syubhah dalam rezeki, kuranglah berkatnya.

Dalam-dalam krisis fulus ni, ada jugak angan-angan nak pergi bercuti. Ceh, orang lain kerja setahun cuti hujung tahun. Duit ada, tapi tu untuk masa-masa terdesak. Eh, sekarang kan waktu terdesak. Boleh la pakai! Haaa...mengada nak pakai bawak gi bercuti.

Sekarang yang penting, harus usaha mencari sumber rezeki halal. Yeah! Tunggu temuduga pun lambat lagi. Rajin pulak nak meng'improve' masakan sendiri. Tapi sape nak makan? Hukhuk family takde kat umah, pergi bercuti semua. Aku pulak kena tinggal sebab adik aku sorang amik SPM, harus la jaga beliau kejap.

Okeh, petang ni kita keluar!

Monday, November 14, 2011

Creampuff

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/14/2011 12:11:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.





Icing sugar sprinkle on top / Chocolate sauce
Inti :: Custard Cream / Strawberry + Fresh Cream / Durian (seasonal)










Haha..berjaya! Alhamdulillah...some asking whether I'm baking creampuff or not. So, I give it a try and this is the result. Most important is you need to make sure the temperature of the oven is good.



Sunday, November 13, 2011

Maksud bacaan dalam solat :: Jahil itu musuh utama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/13/2011 08:55:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.





Berapa ramai dari kita yang tahu maksud bacaan dalam solat? Kalau dulu ye lah, cikgu suruh hafal, baru kita hafal. Itu pun cikgu sekolah agama, kalau sekolah kebangsaan...jarang-jarang yang suruh hafal maksud bacaan dalam solat. Marilah kita sama-sama merenung kembali solat kita. Diterima Allah s.w.t. ataupun tidak. Kerana sebagai manusia, kita selalu lupa dan lalai. Saya mengingatkan diri saya, juga ingin mengingatkan diri sekalian yang sudi membuka hati melapangkan dada mengenali tiang agama kita, solat.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



Alhamdulillah...setakat mana yang kita mampu ingat, kita ingat ya. Lepas tu, tambah lagi ingatan. InsyaAllah, mungkin kita mampu menjadi lebih khusyuk lagi dalam solah selepas ini. Wallahualam.


Artikel dipetik dari azizie.com

Saturday, November 12, 2011

How to tackle your in-laws : Milk Cookies

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2011 02:13:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Kerana kesukaan aku untuk makan, jadi bagi mengekang fulus keluar kepada kedai-kedai yang bertanggungjawab menyediakan hidangan untuk memenuhi selera tekak, baiklah saya buat sendiri ya. So, this time I'm baking some milk cookies. It's simple and delicious. It melts in your mouth (if u chew it) and cute. Yang takde gigi pun boleh makan.






Pic ini dari Google ya, bukan aku punya. Aku punya aku buat kaler merah, hijau, kuning dan putih. Haa..meriah mak.

Okeh, let's check out the ingredients :

250g tepung jagung
5 - 6 sudu besar susu pekat manis
4 - 5 sudu besar mentega/marjerin

Cara-caranya :

Mulakan dengan Bismillah. Masukkan susu pekat sesudu demi sesudu sambil digaul dengan tepung jagung. Kalau agak-agak tepung dan susu dah berketul tanda sebati, tak perlu gunakan kesemua 6 sudu susu tu.






Kemudian, masukkan mentega sesudu demi sesudu jugak sambil diuli agar membentuk doh. Langkah ini pun sama macam langkah pertama tadi. Kalau sesudu tak cukup untuk membentuk doh, tambah lagi sesudu mentega.

Haa...bila dah jadi doh macam ni, boleh la warnakan doh tu. Bahagikan kepada dua dan letak warna kegemaran. Lepas tu bakar dalam suhu 170 degrees selama 20 minit. Biskut ni lagi sedap kalau simpan semalaman dan makan esoknya.

Tengok tu...hehe I warnakan dan mintak tolong bibik tu gentel biskut. Lepas tu, setel! Haaa...tak semestinya biskut ni kita buat biskut raya. Kalau nak buat makan-makan ala chipsmore pun buleh. Yang penting, RAJIN. Kot malas tu, boleh la dipersilakan ke kedai. Hehe


Thursday, November 10, 2011

Pizza

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/10/2011 11:06:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.





I was sooo hungry tonight that I think it'd be better if I ate something rather than sleep with empty stomach. So, I was looking in the fridge and find out...walla!





Crabmeat, mozzarella and mayo! Just nice. Then I chopped some shallots (I love shallots coz it makes the pizza sweet) and get myself few slices of bread. Oh yes, I looooove Tabasco Sauce. You must have this one in order to feel like you eat at Pizza Hut. Oh, no matter. Some people just don't like it as much as I do ;p








How to ;

Spread mayo as much as you like on one side, place crabmeat, shallots and grated mozzarella. Put one slices on the top and put it in your sandwich maker.





Tadaa...done! Your not-so-pizza-sandwiches is ready to eat, baby!

And other thing is...




(n_n)