.

seposen untuk Porsche

Saturday, November 12, 2011

How to tackle your in-laws : Milk Cookies

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2011 02:13:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.


Kerana kesukaan aku untuk makan, jadi bagi mengekang fulus keluar kepada kedai-kedai yang bertanggungjawab menyediakan hidangan untuk memenuhi selera tekak, baiklah saya buat sendiri ya. So, this time I'm baking some milk cookies. It's simple and delicious. It melts in your mouth (if u chew it) and cute. Yang takde gigi pun boleh makan.






Pic ini dari Google ya, bukan aku punya. Aku punya aku buat kaler merah, hijau, kuning dan putih. Haa..meriah mak.

Okeh, let's check out the ingredients :

250g tepung jagung
5 - 6 sudu besar susu pekat manis
4 - 5 sudu besar mentega/marjerin

Cara-caranya :

Mulakan dengan Bismillah. Masukkan susu pekat sesudu demi sesudu sambil digaul dengan tepung jagung. Kalau agak-agak tepung dan susu dah berketul tanda sebati, tak perlu gunakan kesemua 6 sudu susu tu.






Kemudian, masukkan mentega sesudu demi sesudu jugak sambil diuli agar membentuk doh. Langkah ini pun sama macam langkah pertama tadi. Kalau sesudu tak cukup untuk membentuk doh, tambah lagi sesudu mentega.

Haa...bila dah jadi doh macam ni, boleh la warnakan doh tu. Bahagikan kepada dua dan letak warna kegemaran. Lepas tu bakar dalam suhu 170 degrees selama 20 minit. Biskut ni lagi sedap kalau simpan semalaman dan makan esoknya.

Tengok tu...hehe I warnakan dan mintak tolong bibik tu gentel biskut. Lepas tu, setel! Haaa...tak semestinya biskut ni kita buat biskut raya. Kalau nak buat makan-makan ala chipsmore pun buleh. Yang penting, RAJIN. Kot malas tu, boleh la dipersilakan ke kedai. Hehe


0 comments: