Tuesday, November 1, 2011
Hari Pembalasan
Assalammualaikum w.b.t.
Jika kita rasa dunia masih panjang, jika kita fikir umur kita masih panjang, fikirkan mengenai Hari Pembalasan, Hari Kiamat sebelum kita tidur malam ini. Marilah, kita renungkan. Apakah bekalan yang sudah kita sediakan untuk ke sana?
Sahabat...
InsyaAllah tidak terlambat untuk kita mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan ajaran yang diperintahkan Allah s.w.t.
Sahabat...
Marilah, kita berusaha. Dengan masa yang sedikit, yang banyak yang mahu kita kejar dan kumpul sebagai bekalan untuk ke sana.
Luangkanlah sedikit masa untuk membaca hari pembalasan. Semoga kita bersama mendapat manfaatnya. Jangan tangguh-tangguh, sahabat. Kerana kita tidak tahu bila kita dijemputNya.
Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.
Categories
Islam itu Hidupku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment