.

seposen untuk Porsche

Monday, September 28, 2009

tips tidak digelakkan orang atas salah sendiri

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/28/2009 10:33:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul



balik dari johor ke penang, saye naik bas. dan saye dapat seat paliiing belakang. sebelah saye lelaki. ini bas seat 2-2. walaupun malam sebelum perjalanan i haven't got enough sleep, tapi dalam bas mata saye segar-bugar. sebab?


aku bantai gelakkan orang yang tidur seat depan-depan tu.


haha!



mamat ni tidur, kejap-kejap kepala die jatuh. huhu kesian, mesti sakit leher bliau. akak yang belah depan die pun same. tu lagi la, ekstrem punya teleng. gambar dia tak dapat snap sebab bimbang yang lain menyedari perbuatan kurang bermoral ni.

ok, ni tips untuk tak jadik macam makhluk2 dalam bas yang saye gelakkan tu.

1) adjust kerusi agar selesa untuk disandar, jika tak, kepala tak stabil, tu yang terjatuh2 mase tidur

2) elakkan dari sandarkan kepala kat bahu, komfem pasti rase tak selesa masa bangun

3) jika tak dapat elakkan perkara num 2, cuba ambil sweater dan gulungkan sedikit. biarkan dia jadik alas di bahu, sekali lagi, pastikan anda selesa dengan gulungan tu

4) jika benar-benar mengantuk, sandarkan badan sepenuhnya pada kerusi. toleh sedikit je ke arah kiri atau kanan, jangan toleh/telengkan kepala sepenuhnya. boleh menyebabkan dengkuran

5) pastikan mulut bertutup sepenuhnya. ini bagi mengelakkan sebarang cairan yang tidak dikehendaki mengalir keluar dari rongga tersebut. kalau tak dapat elakkan, cover muka dengan sweater

6) ade sesetengah yang tidur dengan kepala terangguk-angguk. hehe. ade je kan? elakkan! boleh mengakibatkan pening dan mual dan penumpang lain putus tali usus sebab gelakkan anda.

7) menopang/mengangkat dagu dengan tangan amat bahaya. sekali terlepas tangan, anda boleh terhantuk ke depan walaupun cara ini agak comel.

untuk yang naik bas sebelah siang dan mengharungi perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam, tips-tips ini diharap dapat membantu. jika perjalanan sebelah malam, kemungkinan orang nak gelakkan kita agak tipis. tapi, apa-apa pun, silalah berhati2 ye....

Saturday, September 26, 2009

bas abang rosak la sayang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/26/2009 03:56:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

ok, sekarang ni, mase ni patutnye saye dah sampai penang dan sedang bersiap sedia untuk turun bas kerana saye dijadualkan sampai penang pukul 4.30 petang.
tapi, apabila aral datang melintang...
percayalah
ia benar2 melintang
di tengah panas
di perhentian tapah
di dalam bas yang semakin panas
dan dengan mamat sebelah aku yang pasang lagu spring kuat2
arghh!!!
disertai kanak2 menangis
pergh!!
kalau ade penyakit jantung
ade jer yang terkiok kat sini
suddenly, mamat yang pasang lagu spring sebelah ni
mengadu kat awek die pasal bas ni
'bas abang rosak la, bas tak jalan'
kikiki
pastu suh awek die takyah keje
aish! za jahat! curik dengar perbualan orang lain
pastu die suh awek die jemput dia
kikiki
enough za!
bila la bas ni nak jalan...saye tak larat dah ni~~

Tuesday, September 22, 2009

anak mak uteh, landak vs kancil

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/22/2009 12:03:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

balik kampung dan menatap wajah sepupu2 terchentaku, sumenya dah besar panjang. anak2 mak uteh yang dulu kecik2 team *godak parit makin hensem, gila hensem! baru jek menyimpan hasrat jadik calon menantu wannabe, dapat tahu diorang 3-3 orang tu dah berpunya (ToT). credits to mak uteh sendiri sebab citer mase kat dapur. macam ni, lain kali takmau belikan mak uteh punye jeruk hehe (bliau selalu kirim jeruk dari penang)

seronok beraye, setiap rumah ape je yang dihidang saye sebat tanpa sebarang timbang rasa. harus diingat, berat badan perlu dijaga. bila makan, makan je. tapi, always remember to drink water. sebab air akan bantu proses penghadaman dan penyahtinjaan kuih-muih dan segala ketupat rendang lemang tu. makan pun kena ingat, kalau jenis yang kuat makan tu, setiap sejam atau 2 jam amik makanan sikit2. biarkan metabolisma kite bekerja. kalau dapat jus oren atau sunquick, lagi bagus. sangat membantu mengawal selera makan. lagi bagus, dapatkan buah-buahan pelawas seperti betik atau pisang sebagai makanan sampingan. bolehla buang mana yang tak diperlukan. sekian tazkirah syawal untuk ari ni (-_-!)

bestnyer raya kali ni, ade menu eksotik iaitu kancil dan landak. seyes, kedua2 hidangan ni menjilat jari! thanks to abah alip kerana menyediakan menu yang sungguh lazat ini. i bet u guys to try on this. selepas makan, baru dapat tahu landak tu ditembak (gulp!)

ready to eat kancil n landak (pics courtesy from gugel)

*godak parit=dulu2 kat kampung,ade parit yang sangat besar depan rumah, parit tu siap ade ikan-ikan kecik, puyu dan sepat. air parit jernih. godak parit ialah main kocak2 air parit tu dan memancing ikan gunakan batang ubi. di akhir aktiviti, ibu2 akan enterprem cubit telinga kami.







Saturday, September 19, 2009

tu kan kerja orang perempuan..

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/19/2009 12:54:00 AM 2 comments
'wah, ada anak dara ko ye...'
antara ayat2 yang selalu gadis2 sunti dengar tatkala menghidang kudapan. termasuklah ayat untuk mak saye. dan mak akan sengih2, arghh! seyes tak tau nak letak muke kat mana. malu satu hal, lagipun, perlu ke orang2 tua yang berkunjung ke rumah kita cakap macam tu. mungkin antara beberapa sebab ni kot:

1) berhajat carik calon menantu antara kengkawannya
2) takder topik lain nak bual...
3) pembuka bicara, sebelum dia angkat bakul pasal anak gadis/teruna dia plak
4) nak tahu perkembangan terkini anak orang tu...(keje kilang ke, ooo..baru abes belajar ye?)
5) nak mulakan sesi mengumpat (lebih haru kalau mak sendiri join)
6) untuk tumpang tandas di rumah (takde kene mengena tapi selalu jek terjadik)
7) kalau tuan rumah ade anak lelaki, mula la intai2 'kenen'kan ngan anak gadis die
8) permulaan sesi puji-memuji antara 2 sahabat
9) berharap tuan rumah jemput makan tengahari atau dinner sekali, ye la, dah puji anak daranye..

besenye,saye akan terus lari ke dapur, dan terus tak muncul2 lagi depan tetamu tu. tobat seyh!

masalah ni saye ajukan pada sorang member. dengan hampeh dia berkata 'tu kan kerja orang perempuan'. wah...kalau ade pepper spray, nak aje kusemburkan dengan romantik ke mulutnya. zaman dah berubah, orang perempuan sekarang banyak kerja lain selain menghidang tau!

Thursday, September 17, 2009

'aii..makin kecik kau'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/17/2009 11:46:00 AM 0 comments

tadi aku dah taip citer lain. tetengah taip, tetibe skrin laptop blank, putih semacam. hmmph, takde maknanye la kalau dah macam tu, aku off kan terus.

semalam dalam perjalanan balik kampung, mak aku miscall sampai 8 kali! okey, okey, aku silent phone. sebab tu la. asyik call aku je memanjang, letih aku nak menjawabnye. dah le ringtone vintage, oldies, bunyiknye macam ni 'kau bilang cinta padaku, aku bilang pikir dulu, selera kita terlalu jauh, berbeza...' kalau ingat la lagu indon tuh.

disebabkan ke'obses'an mak aku call aku, aku silent phone. habis cerita. tensen aku bila asyik kene angkat call jek.

sampai umah,bese la kene panahan petir dek sikap aku yang terlalu malas jawab phone call. aku mengharapkan mak aku perasan saiz badan aku yang kecik sket, sebaliknye saiz baju aku yang dikomennye...

'baju kau...' dan mengucap panjang penuh emosi. siap geleng2 kepala plak tuh

ape? elok je aku tengok penampilan aku ni. bese la t-shirt lengan pendek, tapi aku pakai cardigan lengan panjang. ele...jeles la tu meliat aku berjaya menurunkan 2kg sepanjang bulan pose nih. haha

apart from all of this mess, seronok sampai kampung. betul-betul kampung. ade ayam (jiran punye), ade pokok buah-buahan (pun jiran2 punya gak), ada orang tua kayuh beskal pergi masjid, ade sore makcik2 bertukar2 resipi kuih raye, ade kucing (sendiri punye)...

kucing saye suke saye balik kampung!!







Tuesday, September 15, 2009

saya mana tau saya suka awak

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/15/2009 04:46:00 PM 1 comments
wise man said
only fool's rush in
but i can't help falling in love
with you

shall i stay
would it be a sin
but i can't help falling in love
with you

like a river flow
surely to the sea
darling so it goes
something are meant to be

take my hand
take my whole life too
but i can't help
falling in love with you

Monday, September 14, 2009

barang hilang!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/14/2009 09:07:00 PM 0 comments
'urm..mana pendrive yang ko kata nak bagi kat aku tadi?'

sedang mengunyah sakan, aku kerutkan dahi. kemudian, angkat kening
jari aku spontan meraba poket baju kurung
dalam hati 'eh, semalam kan ade kat sini'
jantung berdegup kencang
jari telunjukku terjulur keluar dari sisi poket baju
sah, tercicir!
mane pendrive tu?
wajah kemey kupandang
dengan muke seposen
lepas tu mula la aku panik tak tentu hala
terlompat2 sebab ketakutan

rilek...kiter carik same2 kata kemey
aku tenang
tapi aku risau plak kalau ade assignment penting dalam tu-tambah kemey
hampeh~
'macam mana ni? dah le tu pendrive orang...
mati la aku nak ganti!!!'

ala...camne ni
perlu ke aku diamkan dulu
ke nak bitau orang tu pendrive dia...m.i.a.
huwaaaaa

Sunday, September 13, 2009

mangkuk dan hayun

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/13/2009 08:03:00 PM 0 comments


sejak2 amik minor multimedia ni...seronok plak rasenyer
aku la yang paling seronok
muke tak lawa, jadik lawa
muke yang sedia cun, kita jadikan sebaliknye
ngeh..ngeh..ngeh..(ketawa jahat)
dekat sini la
jumpe kengkawan yang cambest (jiwa2 sket)


'korang jangan tengok kamera!




antara artwork yang berjaya di'setel'kan
walaupun tak le semenggah mana
tapi berjaya dapat A beb!
memang aku ratu eksploitasi member navy
gambar dorang sume lecture aku tengok
semasa assignment dihantar
tanpa pengetahuan mereka
wawawa








Saturday, September 12, 2009

di'alien'kan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/12/2009 07:55:00 PM 0 comments
jam pukul 7.15 petang

bas baru sampai kat sungai dua, usm

jalan kaki sampai kat stesen bas depan eureka

dah 7.20

tiba2...

'Allah huakbar....Allah huakbar....'

ah, sudah!

kereta yang lalu lalang sume toleh kat aku semacam. kemey dah menghilangkan diri di celah2 pokok bunga dan belimbing (cari spot untuk vomit sebab pening dalam bas).
mula-mula, amoi dalam keter honda civic pandang, sampai terteleng2 kepala dia tengok aku dengan muke pelik.
pastu, ade lagi pak arab lalu. kali ni naik motor, dengan bakul penuh makanan. toleh2 dengan muke pelik jugak.
tengok ape?
lepas tu, ade lagi pengguna jalan raya lain tengok aku dengan penuh makna. adush...kenapalah aku harus mengharungi saat2 penuh emosi ni.
bengang aku derang toleh2 tu, punyalah aku nak kaver muka ni.
Tuhan je yang tau.

pelik sangat ker tengok orang tak pose tak bebuke?!




tgu bas-tayang jeans baru


Friday, September 11, 2009

using money to generate creativity

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2009 08:33:00 PM 0 comments
hurm...cuti sem...
pe lagi, dengan limpahan
budak2 d umah
aku sebagai otai
hahaha
siap la mereka





lelaki hensem dan tak hensem

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2009 10:51:00 AM 0 comments
hmm…baru2 ni ader terbaca 1 artikel dalam internet yang aku rasa agak mendiskriminasikan paras rupa ditulis oleh sorang lelaki, tak ingat la nama writer tu. tapi agak syok jugak artikel ni sebenarnya. aku tulis ape yang aku ingat jer nih.

perbezaan antara lelaki hensem dan lelaki tak hensem:
1. bila lelaki hensem jalan2: orang pempuan akan pandang and tersenyum2. kengkadang tu, bila lelaki hensem tersebut balas pandangan diorang, boleh jadik gila. sampai terbawak2 dalam mimpi.
lelaki x hensem : memang la setiap orang ada mata tapi pempuan tak akan pandang sebelah mata pun lelaki kurang hensem ni. siap dikata muka cam jembatan x siap la, muka pecah rumah la, sampai tahap dewa - dikatakan seiras bangla (bangla jangan terasa)
2. lelaki hensem ader awek: akan dikata bertuah tubuh minah tu sebab dapat pakwe hensem. kalau berjalan, macam pinang dibelah 2, kira sesuai dibuat calon menantu la ni.
lelaki x hensem : kalau berjalan ngan awek, awek tersebut akan dikata rabun la, tak pakai cermin mata ke? orang macam tu pun dia nak? bakal mak mertua mesti reject awal2 sebab ingat mamat tu tukang curik sekerap kat kampung.
3. lelaki hensem putus cinta: mesti ramai tumpang kesian kat lelaki tersebut. and ramai gak minah2 offer diri jadik pengganti. kesalahan akan diletak 100% kat bekas awekz bliau.
lelaki x hensem : padan muka! dah la muka pecah rumah, ader awek pun tak reti nak jaga. mungkin minah tu dah pakai contact lense kot skang ni.
4. lelaki hensem buat salah: seolah-olah sumer orang dapat terima. mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni, dia pun tak terkecuali. kesalahannya boleh dimaafkan. lain kali jangan buat lagi tau..
lelaki x hensem : memang padan ngan muka macam tu! biasanya menerima hukuman setimpal walaupun kesalahan xle berat sangat dan kadang2 tak wat pape pun, tapi tetap dilihat sebagai pesalah.
5. lelaki hensem wat baik: sume orang puji. iye la, dah la rupa paras cantik, budi bahasa pun baik. bos mesti sayang gila kat mamat ni. kalau cikgu2 plak, sayang gile kat anak murid ni.
lelaki x hensem : nak bodek bos la tu, xde kejer lain. dah la masuk ofis lambat, mesyuarat x penahnya ada. kalau di alam persekolahan, dialah yang dulu mengadap pengetua atau guru disiplin. tengok muka dah tau.
6. lelaki hensem sayang binatang : waa...bagusnye, budi pekerti pun baik nih. lebih-lebih lagi kalau rajin bagi makanan kat stray cats (kucing yang bersepah2 tu), kompem naik saham bai!
lelaki x hensem : sesama keluarga memang harus menyayangi

hik..hik..pada aku, ape-ape pun, manusia kan unik. mungkin pada certain2 orang, dia tak semenggah mana (semenggah=elok rupe parasnye). tapi pada certain orang plak, dia special, kan?

Thursday, September 10, 2009

bling2 for raye...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/10/2009 01:07:00 PM 0 comments
latest bracelet from Sabah, comes in variety of design and colors. please scroll down and if u're interested enough, just email me. i'll give the detail soon.

Color : Blue
Available
Price : RM 12
Color : Dark Blue
Available
Price : RM 12
Color : Chocolate
Available
Price : RM 12
Color : Red and White
Available
Price : RM 12
Color : Dark Red and White
Available
Price : RM 12

Wednesday, September 9, 2009

fresh pizza

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/09/2009 11:26:00 PM 0 comments
fresh pizza delivery to your home! oven fresh. ingredients (basic) - pineapple, cheese, onion (choices), sausage and veges. add-on : tuna, chicken, mushroom, crab finger (price may vary). penghantaran sekitar Muar. delivery for minimum 20 pieces. RM 6/pc, RM5/pc (more than 20). suitable for all occasions.

freshly baked pizza

first post!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/09/2009 09:53:00 PM 0 comments
loving it! haa... actually xder idea nak tulis. tapi disebabkan ni first post, fikir2kan pe yang patut.

test..test...test...
minggu ni...minggu depan..
dan beberapa minggu lagi (merujuk pada exam sebenar)
beberapa bulan lagi...
jadik Leftenan Muda (insyaAllah...)
pastu...
jadik cikgu plak (masyaAllah...)

duit tadak, kad atm ku rusak amat. kene wat baru, tapi buku bank kat kampong pulak! mak bagi idea bernas...

'nak mak poskan x?'

hurm..buatnye hilang buku tu dalam perjalanan ke penang kang, pakcik posmen mesti wat muke tak bersalah punye. aku me'reject' idea mak. idea abah, 'jimatkan belanja' kuterima dengan paksa rela. takde duit punye pasal. lain2 akaun kosong baiii!