.

seposen untuk Porsche

Friday, September 11, 2009

lelaki hensem dan tak hensem

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2009 10:51:00 AM
hmm…baru2 ni ader terbaca 1 artikel dalam internet yang aku rasa agak mendiskriminasikan paras rupa ditulis oleh sorang lelaki, tak ingat la nama writer tu. tapi agak syok jugak artikel ni sebenarnya. aku tulis ape yang aku ingat jer nih.

perbezaan antara lelaki hensem dan lelaki tak hensem:
1. bila lelaki hensem jalan2: orang pempuan akan pandang and tersenyum2. kengkadang tu, bila lelaki hensem tersebut balas pandangan diorang, boleh jadik gila. sampai terbawak2 dalam mimpi.
lelaki x hensem : memang la setiap orang ada mata tapi pempuan tak akan pandang sebelah mata pun lelaki kurang hensem ni. siap dikata muka cam jembatan x siap la, muka pecah rumah la, sampai tahap dewa - dikatakan seiras bangla (bangla jangan terasa)
2. lelaki hensem ader awek: akan dikata bertuah tubuh minah tu sebab dapat pakwe hensem. kalau berjalan, macam pinang dibelah 2, kira sesuai dibuat calon menantu la ni.
lelaki x hensem : kalau berjalan ngan awek, awek tersebut akan dikata rabun la, tak pakai cermin mata ke? orang macam tu pun dia nak? bakal mak mertua mesti reject awal2 sebab ingat mamat tu tukang curik sekerap kat kampung.
3. lelaki hensem putus cinta: mesti ramai tumpang kesian kat lelaki tersebut. and ramai gak minah2 offer diri jadik pengganti. kesalahan akan diletak 100% kat bekas awekz bliau.
lelaki x hensem : padan muka! dah la muka pecah rumah, ader awek pun tak reti nak jaga. mungkin minah tu dah pakai contact lense kot skang ni.
4. lelaki hensem buat salah: seolah-olah sumer orang dapat terima. mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni, dia pun tak terkecuali. kesalahannya boleh dimaafkan. lain kali jangan buat lagi tau..
lelaki x hensem : memang padan ngan muka macam tu! biasanya menerima hukuman setimpal walaupun kesalahan xle berat sangat dan kadang2 tak wat pape pun, tapi tetap dilihat sebagai pesalah.
5. lelaki hensem wat baik: sume orang puji. iye la, dah la rupa paras cantik, budi bahasa pun baik. bos mesti sayang gila kat mamat ni. kalau cikgu2 plak, sayang gile kat anak murid ni.
lelaki x hensem : nak bodek bos la tu, xde kejer lain. dah la masuk ofis lambat, mesyuarat x penahnya ada. kalau di alam persekolahan, dialah yang dulu mengadap pengetua atau guru disiplin. tengok muka dah tau.
6. lelaki hensem sayang binatang : waa...bagusnye, budi pekerti pun baik nih. lebih-lebih lagi kalau rajin bagi makanan kat stray cats (kucing yang bersepah2 tu), kompem naik saham bai!
lelaki x hensem : sesama keluarga memang harus menyayangi

hik..hik..pada aku, ape-ape pun, manusia kan unik. mungkin pada certain2 orang, dia tak semenggah mana (semenggah=elok rupe parasnye). tapi pada certain orang plak, dia special, kan?

0 comments: