sayatetapsaya betul
balik kampung dan menatap wajah sepupu2 terchentaku, sumenya dah besar panjang. anak2 mak uteh yang dulu kecik2 team *godak parit makin hensem, gila hensem! baru jek menyimpan hasrat jadik calon menantu wannabe, dapat tahu diorang 3-3 orang tu dah berpunya (ToT). credits to mak uteh sendiri sebab citer mase kat dapur. macam ni, lain kali takmau belikan mak uteh punye jeruk hehe (bliau selalu kirim jeruk dari penang)
seronok beraye, setiap rumah ape je yang dihidang saye sebat tanpa sebarang timbang rasa. harus diingat, berat badan perlu dijaga. bila makan, makan je. tapi, always remember to drink water. sebab air akan bantu proses penghadaman dan penyahtinjaan kuih-muih dan segala ketupat rendang lemang tu. makan pun kena ingat, kalau jenis yang kuat makan tu, setiap sejam atau 2 jam amik makanan sikit2. biarkan metabolisma kite bekerja. kalau dapat jus oren atau sunquick, lagi bagus. sangat membantu mengawal selera makan. lagi bagus, dapatkan buah-buahan pelawas seperti betik atau pisang sebagai makanan sampingan. bolehla buang mana yang tak diperlukan. sekian tazkirah syawal untuk ari ni (-_-!)
bestnyer raya kali ni, ade menu eksotik iaitu kancil dan landak. seyes, kedua2 hidangan ni menjilat jari! thanks to abah alip kerana menyediakan menu yang sungguh lazat ini. i bet u guys to try on this. selepas makan, baru dapat tahu landak tu ditembak (gulp!)
ready to eat kancil n landak (pics courtesy from gugel)
*godak parit=dulu2 kat kampung,ade parit yang sangat besar depan rumah, parit tu siap ade ikan-ikan kecik, puyu dan sepat. air parit jernih. godak parit ialah main kocak2 air parit tu dan memancing ikan gunakan batang ubi. di akhir aktiviti, ibu2 akan enterprem cubit telinga kami.
0 comments:
Post a Comment