masing-masing berasa sejuk kaki tangan, muka pucat macam hantu dalam cerita-cerita seram korea ngan jepun. letih, penat, rase nak muntah pun ade. petang ni petang paling hell dalam hidup sepanjang sem ni. bermula dari padang kawad, aktiviti beri memberi buah tangan berupa push-up berterusan membawa ke larian pantas selama 10 minit, dan diteruskan dengan perkelahan di tepi tasik. perkelahan yang tak aman langsung bila kau disuruh berlari..dan kemudian guling-guling, kemudian sit-up, kemudian lari lagi, guling lagi..guling dan guling..lari..(tulis pun buat aku rasa pening).
aktiviti guling memang sengsara. bayangkan kau naik 'pirate ship' dekat genting highland, rasa nak tertanggal tulang belakang? ini lagi dahsyat. lepas tu, ade forward roll. part ni, jangan kata ladies, guys pun same pening. 3-4 orang dah tertonggeng-tonggeng tahan muntah, yang sendawa bau-bau muntah masam pun ade.
try la forward roll ni. kalau rase tak terhuyung-hayang aku tak tau la. ladies ramai yang takleh wat. kene buat side roll. same je tahap kepeningannya. ade satu part, kene guling naik bukit. aku main guling jek. sampai satu masa tu, PTI tegur..
"baju kau tu ade ape?"
aku toleh.
demmit! muntah sape la aku kesat nih
ok...rase letih hari ni. mengantuk sangat-sangat~