sayatetapsaya betul
situasi : petang di kolam renang USM.
mood : gayat
'tak mau!!!!!!!!!!!!!!!'
'terjun la, kau tunggu apa lagi?' marah PTI. geram betul dia dekat anak buahnya yang satu ni. disuruh terjun pun susah betul. bukan tinggi mana, pelantar tu 6 meter sahaja. terjun dalam air yang 12 meter dalamnya. letih menunggu, dekat setengah jam!
'kejap, PTI..kejap...'
kecut perutnya melihatkan kedalaman air tu. tambah lagi dengan tingginya. boleh buat tercabut anak lutut. agak lama dia ambil masa untuk terjun. PTI makin panas. 4 orang guys lain da lepas terjun. yang sekor ni, liat bebenor.
'kau jangan sampai aku naik atas, kalau aku naik atas...' ugut PTI.
'ok,ok...' seketika kemudian...
KECEBURR!!
tamat sudah penyeksaan sementara beliau. aku plak, nak sangat jadik superhero. naik atas pelantar, bersama-sama Wal ngan Aida. mula-mula mesti la aku takut tak usah cakap. terjun, sesiapa pun takut. even orang yang nak bunuh diri pun fikir 2-3 kali bila tengok ketinggian cam tu. gayat seyh!
kecebur!!
kecebur!!!
kecebur!!!!
setel sume ladies terjun. tinggallah Asma pulak. ah, ade lagi yang takut terjun. disebabkan dia lagi ambik masa yang lama untuk terjun, aku, Wal, Aida, Kemey, Fina, Alit, Lukman, Shuk, Chuah ngan sape lagi ntah, disuruh hold front support. dah kena hold, kami tengok Asma melalui celah kelangkang. sebab lama kena hold, terpaksa la 'tembak bulan'. waa..heaven. paling heaven bila PTI datang kat kami pukul sorang-sorang pakai float. bunyik dia, KELEPAP! bapak kuat. tapi setakat float, 2-3 kali bukan terasa sangat sakitnya. tapi bila dah masuk berbelas kali..
'Asma..terjun je la!'
'kalau kau fikir takut kau, kau fikir la kitorang ni woi!'
jerit kami. jerit-jerit kat dia, kene pukul lagi.
'eh, disebabkan Asma amik masa yang lama untuk terjun, guys bukak baju. ladies toleh tempat lain..' arah PTI.
kami pusing kiri. lepas tu, kedengaran suara mengerang.
'adoi...PTI!!!'
'adudududdu..macam ni hari-hari, bangkrap aku,'
haha aku tak tau la ape yang diorang kena. tapi macam kena sasar kat part-part yang sensitif jek.
tunggu punya tunggu, Asma tak jugak terjun-terjun. Shasa (ini sorang lelaki ye, bukan perempuan) diarah PTI naik pelantar. cupp, kejap je Asma boleh terjun dengan jayanya. heheh, kena tolak. padan muka. susah sangat.
akhirnya, setel jugak ujian renang kami untuk hari tu. Alhamdulillah, lulus renang. bole la jadik Leftenan Muda yang mantap dan chargasss bulan 6 ni!!
Sunday, March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment