.

seposen untuk Porsche

Wednesday, July 7, 2010

alasan nak lari dari rumah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/07/2010 12:10:00 PM
mane ade!!! sem lepas aku catat sejarah sebab tak balik kampung langsung, macam orang tinggal kat oversea je gamaknye. padahal Penang dengan Johor bukan jauh mane pun..kekasih kau boleh pulak kau jumpe. ok tipu. jauh bai..lelagi kalau 12 jam atas bas, kematu punggung sampai umah MySpace

jadi, bila dapat peluang balik kampung, memang aku duduk rumah jek. keluar pun dengan bapak aku dengan mak aku, ele, setakat bandar Segamat kau nak pusing mana je. few things that i'm gonna miss so much


itu kucing


ni yang paling manja

untuk balik ke Penang memang memerlukan kekuatan mental, fizikal dan kewangan. justeru, kewangan aku terpaksa la bersumberkan mak ngan apak aku. heh mahap..terpaksa menyusahkan tuanku untuk kesekian kalinya..ampun ampun hikhik nanti masuk scholar orang belanje

sejak akhir-akhir ni, ramai kalangan sahabat aku yang kehilangan orang yang mereka sayang. kebanyakannya masa mereka kat u, tak berada di sisi orang tersayang semasa menghembuskan nafas terakhir. alih-alih dapat berita dah tak ada. sedikit sebanyak peristiwa ni beri kesan dekat aku. bahawasanya kita tak tau bila nikmat beribu bapa kita akan ditarik balik. jadi, sementara ada waktu, berbaktilah pada mereka. tapi dalam kes aku..macam banyak buat dosa jek huhu

paling sayu, pagi ni seorang lagi yang tersayang kehilangan bonda tercinta. sahabat pernah cakap kat aku, dia paling takut kehilangan orang tersayang. dan aku pasti, sumer orang pun macam tu. aku pun. perkara yang berlaku pada kawan-kawan aku..betul-betul buatkan aku rasa, aku patut jaga hati mak abah. besarkan sekandang lembu (sorang anak perempuan=sekandang lembu, peribahasa Melayu) bukan senang. lagi-lagi family aku ade 5 kandang. yang paling bole tahan ganas, aku la. huh~omma oppa

1 comments:

FCUTEAM on July 8, 2010 at 11:25 PM said...

betul tu... kita tak boleh terlalu seronok berada jauh diluar sana.. sedangkan mak ayah sakit, kita pun tak tahu.. bagus u mention this entry..





Aiz latest entry
How to be profesional blogger
babysitter attacked by a cat brutally! must watch!
Idea untuk susun wayar komputer