Saya suka perfume!
Ala, senang cakap, semua orang suka minyak wangi kerana ia membuatkan orang rasa selesa bila berdekatan dengan kita. Lebih penting lagi, bila kita pakai minyak wangi, kita rasa yakin diri. Eau de cologne, eau de toilette dan eau de parfum. Ketiga-tiga ni lain tau. Eau de parfum paling tahan lama. Jangan ingat sumernya same ye.
Pemakaian minyak wangi perlu sesuai dengan aktiviti kita pada hari tersebut. Ni dari pembacaan aku la. Sebab tu kita memerlukan beberapa jenis minyak wangi yang sesuai digunakan untuk dinner, party, clubbing, majlis perkahwinan, tidur dan menghadiri kuliah/kelas.
Dulu aku tak tau pasal benda ni. Aku ingat boleh pakai 1 jenis je lepas tu keluar pergi pasar malam la, Tesco la, jalan-jalan dekat Feringgi la. Lepas tau, baru aku beli lain-lain bau. Hah, jangan ingat aku orang kaya yang beli minyak wangi ratus-ratus satu botol yek. Minyak wangi aku simple jek. First minyak wangi yang aku paaaaling suka ialah :
Avon Smile. Baunya memang manis dan aku rasa sangat sesuai dengan diri aku. Bila aku pakai perfume ni, Zatil akan kata, 'Ini bau Ruzack'. Lihatlah bagaimana bau boleh membuatkan orang mengenali kita. Tapi perfume ni dah tak keluar lagi dah. Baunya sweet dan agak ringan. Kalau nak pergi kelas, perfume ni satu kemestian sebab macam bau gula-gula manis jek.
Dulu zaman-zaman aku sekolah menengah, paling popular ialah perfume Buttterfly dari Avon gak. Tapi aku tak berapa minat sangat baunya, sebab pening. Boleh plak bebudak ni beli ramai-ramai satu jenis bau jek. Kau bayangkanlah, dari dorm 1 sampai dorm 6 baunya sama jek...gilos.
Silkygirl Loving You dengan Sweetheart. Bau memang syiok dengan harga berpatutan. Berapa belas ntah. Kan aku dah kata, aku tak pakai perfume mahal-mahal nih. Janji bau ok. Zatil ada sekali terrrbeli perfume sama dengan aku. Pastu mula la kata aku tiru dia. Ceh! Haha. Tapi baunya memang sedap, untuk berdating agak sesuai sebab bau ala-ala romantik sikit. Jenama ni paling kerap aku pakai, habis sebotol, beli sebotol lagi. Sesuai dipakai ke majlis makan malam.
Elianto Spring Forest Collection. Aaaah...baunya memang menepati jiwa raga dan cita rasa. Memang sedap baunya. Segar dan ringan. Yang ni pun kerap aku pakai. Ada je botol besar, tapi aku lagi suka beli botol kecik sebab harganya yang kecik pun agak mahal juge ye..sekitar RM18 sebotol. Bagi orang macam aku, kalau sebotol kecik macam tu RM18 dengan Silkygirl RM15 tapi botol besar...memang banyak bezanya! Tapi tapi...ha,kan aku selalu derhaka tang beli-beli barang nih. Hee~
Elianto pun sama macam Avon. Wangian tu takkan keluar 2 3 kali. Sebab tu kalau ada je yang baru kat kedai dia, aku beli. Setakat ni, baunya aku suka. Cuma baunya tak tahan lama. Biasanya pakai untuk perjalanan jauh. Bila berhenti kat R n R boleh la pakai, untuk pergi berkelah, mandi-manda...
Mood Magic by Nutox. Feveret! Baunya tahan lama, segar dan manis, paling penting bagi aku, baunya ringan dan tak memeningkan kepala. Ada bau laut sikit. Sangat sesuai dipakai untuk bersantai tepi pantai petang-petang, jalan-jalan kat tempat yang terbuka dan tak ramai orang. Kesukaan aku ni. Masa beli hari tu, dapat losyen tangan free yang amat sedap baunya.
Tadi kata tak pakai jenama memahal...Burberry tu kan ke mahal. Haa...bau Burberry Touch kegemaran aku. Tapi yang for men punya la. Si dia pakai masa keluar hari tu. Hmm...memang aku suka kalau dia pakai perfume ni.
Ada sorang member aku pernah bitau, dia boleh tau perfume tu mahal ke murah dengan baunya sahaja. Dia kata perfume mahal ni baunya lain sikit, perfume cikai-cikai tahap aku ni baunya lain pulak. Entah la..tapi aku tak le menafikan bahawasanya perfume mahal tu memang sedap baunya. Bagi aku, selagi bau badan seseorang tak mencemarkan reaksi muka aku ke tahap dewa, ok jek. Ape de hal bau busuk ke dak, ye dak?
Monday, May 30, 2011
Saturday, May 28, 2011
kenali drama Korea anda
Bagi aku. Dulu aku suka jek drama Korea ni. Zaman-zaman Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Ok jek masa tu. Tapi semakin lama, aku rasa drama Korea semakin boring. Sebab?
1. Jalan cerita : Kebanyakannya sama je jalan cerita. Heroin miskin, carik duit jatuh cintan ngan hero super kaya tapi ada girlfriend jahat nak mati atau keluarga hero tak suka heroin. Kalau cerita pasal budak sekolah, memang klise. Boleh jangka apa jadik seterusnya. Kalau cerita pasal alam dewasa la nak carik kelainan pun, tapi itu pun susah.
2. Hero lelaki : Kalau tak anak orang kaya kerek, mesti anak orang miskin tapi hensem. Hero memang hensem. Tak dinafikan. Tapi perangai ntah apa-apa. Kontrol macho la pastu kalau yang jenis kaya, boleh belasah/pukul orang sesuka hati. Muka ketat sepanjang masa, nak senyum pun susah. Kerek lagik. Selalu ada masalah keluarga. Tak puas hati dengan mak la, gaduh ngan bapa sendiri la.
3. Hero baik a.k.a. lelaki putus cinta : Selalu jatuh cinta kat heroin tapi selalu jugak cintanya kena tolak. Hero hampeh camni yang selalunya kurang hensem/tak hensem langsung paling memahami heroin, sanggup buat apa-apa je untuk cik heroin yang nampaknya agak buta memilih encik hero.
4. Heroin : Selalu mesti perempuan comel-comel. Cantik sudah semestinya. Perangai tak matang dan sengal-sengal ubi sikit. Kurang kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan kadangkala selalu menyusahkan orang lain di sekelilingnya. Jarang membuat keputusan bijak namun mempunyai pandangan yang baik dalam kehidupan. Lahir dari keluarga bahagia dan miskin (jarang-jarang kaya). Selalu nampak je watak tu macam kuat semangat padahal cepat je putus asa. Ratu air mata.
5. Perempuan jahat a.k.a. girlfriend hero : Selalu perempuan cantik dan seksi. Lepas tu mesti setaraf dengan hero dan ada style dalam pemakaian. Tak macam heroin yang all the time kena buat muka comel, watak heroin kedua ni lebih jelita dan matang. Watak girlfriend jahat ni berkeyakinan, dan sanggup buat apa saja demi dapatkan hero. Walaupun dia tak suka hero tu, tapi dia akan usaha gak nak dapatkan hero tu. Watak yang paling aku suka. Ada survival diri dan panjang akal. Tak macam heroin utama, nangis jek manjang.
6. Keluarga bahagia : Selalu keluarga heroin memang keluarga bahagia, ada adik lelaki, perempuan, makan malam sama-sama. Pastu ayah/mak/adik sakit dan si heroin kena kerja carik duit nak tanggung kos perubatan. Jarang keluarga hero ni bahagia sebab orang kaya jarang ada masa makan bersama.
7. Dugaan utama/halangan percintaan : Duit.
Ni pada pendapat aku setelah bertahun-tahun tengok drama Korea kat tv. Sama je. Tensen lak sebab sekarang ni tak banyak cerita best kat tv membuatkan aku rela menghadap laptop. Nak aku tengok tv pun sebab berita dengan Juvana je lah. Tapi ada je drama Korea yang ok, tapi banyak yang membosankan je tayang kat tv tuh.
Categories
movies drama and music
Thursday, May 26, 2011
warkah
Aku pernah patah hati (boo~). Dan percayalah, ia sangat sangat menyakitkan. Lepas tu aku mencari..mana salah aku, mana silap aku. Percayalah, yang manis itu manis sekali, tetapi bila ia bertukar menjadi pahit, amat susah nak ditelan. Walau macam mana pun, tetap kena telan. Dan aku telan dengan susah payahnya.
Ia memerlukan 2 minggu untuk aku bangkit semula (ceh, patah hati la sangat!). 2 minggu yang paling teruk dalam hidup. Aku menangis pada seorang sahabat. Dia berpesan, jika kita sayangkan seseorang, doalah yang terbaik untuknya. Kena sabar ye sayang.
Betul. Bila kita sayang seseorang, kita rasa macam tak nak lepaskan dia. Dialah yang pertama dan terakhir dalam hidup. Tapi realiti menyedarkan kita, bahawasanya hidup kita tak mungkin macam dalam novel cinta, atau drama hindustan, yang mana semuanya berakhir dengan perkara yang indah.
Aku pernah berpesan pada seseorang , 'kalau sepanjang perjalanan nanti, anda jumpa seorang yang lebih baik, pergilah pada dia'. Dan ketika dia telah berjumpa, aku berpesan lagi, 'jika dia lebih membahagiakan kamu, pergilah padanya'.
Dan dari situ aku belajar, menyintai tidak semestinya memiliki. Jadi, aku belajar untuk melepaskan. Berharap dia bahagia, dan aku meneruskan hidup. Susah, tapi perlu tabahkan hati. Dan Alhamdulillah....bila kita belajar untuk melepaskan dengan redha, InsyaAllah pasti akan ada yang menerima kita dengan lebih baik :"}
Categories
hidup
Saturday, May 21, 2011
kasut merah untuk bersanding
'Berapa harga kasut tu, Nani?'
'Tak mahal pun, lepas less tinggal RM300 je...'
Tertelan gigi aku dibuatnya. Huu...lima ploh hengget pun aku rasa mahal apatah lagi ratus-ratusss. TAPI aku sentiasa ada sebab untuk lupakan harga dan ikut kata hati. Dan sudah beberapa kali insiden ini terjadi. Heheh. Lebih-lebih lagi kalau aku dapat kasut...
Ahah! Untuk yang ini...atau seumpamanya, memang aku akan beli. Sebab? Even the shoe hurt my feet, but it always WOW others.
Cuma cuma setakat ni tak jumpa lagi sama macam ini (gambar). Red Platform Shoe from Charlotte Olympia 2011 Collection. Kalau mau beli betul-betul, tak mampu woh. Mungkin harga cecah lebih RM500 (atau mungkin ribu ribu?) 'Lagipun, I wanna wear this shoe to match with my kebaya the one my friend bought masa bertunang nanti. Gila apa kau nak pakai platform dengan kebaya?'
Nah, doesn't matter at all. Aku sukakan kasut, habis tu? Now, even you wear the wrong scarf with the wrong shirt, but with the right shoe, everything will went all right that day.
I love mixing my blue jeans heel with purple creme caftan kurung, or sometimes my black gladiator with plain white t's and pink skirts. Mixing shoe with my blouse or baju kurung doesn't make me look cuter, but it makes me look hotter! (mata ke atas, tangan ke dada) bahah! This platform surely goes right with any of my blouse and jeans.
Kenapa harus beritahu sebab aku memilih kasut idaman hatiku ini? Sebab...
Yup, I'm in!
Cara penyertaan :
1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.
2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?
3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy(http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/) di blog anda. (jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)
4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.
5. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com
Syarat-syarat penyertaan :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.
Selamat mencuba!!
Categories
contest dan segmen
Thursday, May 19, 2011
Talked a lot about ME
And it's bored! Hahahah i know...i know. But i don't write to please, i'm just write because my heart said so, and so that i don't forget things easily. Right now, it is my boooooooring time. Few interviews and job offering has been declined. Too far, moneyssss...bla bla bla. The best way to undue this masa senggang is blogging!
I don't active much in Facebook. Once in a while because i need to know any updates regarding my course, posting form, convo and Navy's friends. But when i do online and checking my friends page, they said i'm a stalker! So...yah, that should be a reason i start to slowly...deactivating it (non-literal).
Now, instead of looking for a job, i prefer doing chores with my mum. Not fun? Well, at least i got to know when should i pour rice while doing fried rice...how much salt should i put on kobis goreng. Why i need to stirred the kuah gulai lemak and not put on big fire...fuh~ i never thought cooking would be so stressful! (Thay's why i loved making dessert, it's easy and the outcome always sweet enough for me. Never salty nor too spicy).
Bored?
Yup. When i'm working, the story lingers around my job so it's bored. I don't think i'm going to working in the field all my lifetime. I don't planned to work as a....well, educators. I'm chasing something that i can do whole-heartedly. Maybe after the working contract is over.
Life's sweet, and it's short too. So why bother doing something we don't like just for the sake of money?

Keberkesanan iklan terhadap wajah
Dulu muka aku takde jerawat. Cakap betul ni! Dulu la...area-area dari kecik umur setahun jagung sampai la tingkatan 5. Habis tingkatan 5, aku tetiba teringin nak pakai facial foam macam kawan-kawan asrama aku pakai. Gatal tangan kan.
Pertama sekali aku pakai produk ni. Lepas aku pakai Olay, terus muka aku kering dan naiklah jerawat macam kawah gunung berapi. Mak aku dah pesan, kalau muka tu cantik (dalam erti kata tiada cela), tak payah la nak pakai apa-apa. Jaga je lah, dah cukup. Tapi anak dara mak ni degilllll...hah, padan muka!
Bukan nak kata Olay tak bagus, cuma mungkin kurang sesuai dengan kulit muka aku. Tapi adik aku pakai elok je. Hukhuk.. Lepas tu, aku bertukar ke Fair n Lovely. Masa ni aku rasa...apesal kat iklan tu orang pakai jadik cerah, aku pakai takde perubahan pun. Haish...lepas tu tukar lagi. Masa tu aku gila sangat nak mencerahkan kulit sebab orang kulit cerah mesti cantik.
Safi antara jenama yang paling sesuai dengan bentuk mukabumi muka aku. Sepanjang aku pakai Safi selama 3 - 4 tahun, memang terhindar segala macam jerawat. Alhamdulillah, kuasa Allah jugak yang mengizinkan jenama ni bertindak cekap kat muka aku. Kulit jadik lembut. Halus tu aku tak pastilah, yang pasti lembut. Dulu aku peminat setia produk ni. Losyen, toner, krim malam, krim kecantikan, deodoran, sume bendalah aku guna. Memang bagus..tapi kulit aku tak cerah-cerah jugak. Aku tak puas hati.
Lepas tu, aku ada tauliah Palapes. Masa tu memang berpanas je la sepanjang 3 minggu dan muka aku sangatlah terbakarnya. Sampai masa pertama kali abah aku tengok aku lepas tauliah, abah aku kata 'kenapa muka macam tu?!' Warghhhh!!!! Trauma ok!
Tak tahan, lepas tu aku pinjam duit abah dan beli produk Tia Amelia ni. Alhamdulillah, gabungan krim kunyit, krim pemutih dan sabun pembersih muka berjaya mencerahkan wajah aku dalam masa 2 minggu sahaja! Tapi satu je kena berjaga-jaga bila pakai produk anak watan ni..ramai sangat penipunya. Sampaikan mana satu ori, mana satu produk tiruan pun tak tahu. Packaging berubah-ubah dan sentiasa berlainan.
Dulu aku pakai elok lagi, bila masuk kali kedua beli sabun, takde kesan dah. Sama la macam krim kunyitnya jugak. Tu yang membuatkan aku sedikit cuak. Tambah-tambah lagi bila berhenti je, jerawat naik. Haish.
Dan sekarang ni...aku pakai Clinelle. Yang ni aku rasa terbaik, mahal pun mahal. Huhu.. Tapi bagus. Bila cuci muka, tak rasa kering. Rasa selesa, dan rasa bersih. Cewah!
Ini produk banyak bagus jugaaa...(macha style). Sebab? Produk ni tidak diujikaji menggunakan haiwan! Itu penting bagi aku. Lagi satu, exclusively packed for www.priceabuse.com. Nak tahu kenapa dan apasal, klik kat situ :")
p/s : OK, baru aku sedar. Begitu banyaknye duit aku dah habis dekat benda-benda macam nih. Huish...kalau kumpul, barangkali boleh buat pergi umrah!

hidup,
susuk muka
Tuesday, May 17, 2011
Puding roti dan sos kastard
Alhamdulillah...puding roti bakar ni sudah selesai urusan penghantarannya. Untuk tempahan, dan untuk makan sendiri. Biasanya tiap kali dinner kat hotel, mesti ada dessert ni, tapi tak ada sos kastard. Cuma mungkin orang yang makan perlu kreatif dengan memakan puding ini bersama aiskrim.
Sebelum masuk oven. Ahah, rumah I takder microwave, oven sahaja yang ada yek. Jadi guna je lah apa yang ada. Untuk pesanan yang ni, aku tabur sultana kat atas. So ada rasa manis-masam-rangup sebab sultana tu ada yang garing, ada yang rangup.
Untuk yang diri sendiri punya (gambar kecik) aku suka sedikit hangus. Sebab makan panas-panas rasa crunchy gila dan sangat lembut. Resepi? Aku ambik dari internet, lepas tu alter situ sikit, sini sikit. Hehehe Alhamdulillah...
Categories
makan makan
Monday, May 16, 2011
i nak deactivate pesbuk i..i mencik stalker tawwww!!!!
'hey, please stop stalking my page ok! you think i don't know who r u?? i hate stalker!'
beberapa minit kendian...
'wanna deactivate'
Ada 2 je. Dia betul-betul deactivate akaun ataupun saja buat status camtu semata-mata nak orang bagi komen. Brrrrrr....gedik.
Categories
hidup
Saturday, May 14, 2011
Peranan 'Mak Andam'
It takes hours making up with your faces to make you look super-beautiful
like this...
Taraaa!!
Membebel panjang-panjang pun tak guna. Tadi aku pergi satu kenduri kahwin ni. Alhamdulillah...sedap makan nasik minyak dan lauk-pauknya yang memang menendang sungguh! Sedang seronok menyuap nasik, pandanganku terarah pada sang mempelai berdua di meja makan berdamai. Dan...
Frankly speaking, the person next to the bride is way mooore beautiful than her!
Senario ni, setakat aku dah besar panjang ni pergi kenduri-kendara orang, dah 2 3 kali jugak aku jumpa eksiden camnih. Mangsanya kronik, pengantin perempuan tu la! Eksiden paling biasa, perempuan tu nampak 10-20 tahun tua dari lelaki tu.
Tadi...2 3 kali jugak aku toleh pengantin tu. Huu~buruk perangai. Tapi...entahlah. Moralnya : pilihlah mak andam betul-betul. Dulu masa aku dinner Navy, aku tempah sorang mak andam dengan member aku. Walaupun mahal (memang cecah ratus-ratus) tapi Alhamdulillah...hasilnya memang puas. Tak nampak tua, tapi nampak lain dari yang lain.
Sebab? Sebelum aku pilih mak andam, aku pastikan :
1) Berapa lama dia dah mengandam (lagi lama, lagi banyak pengalaman)
2) Tengok butik andaman dia, biasanya dia akan ambil gambar orang-orang yang dia andam dan boleh tengok hasilnya.
3) Minta pandangan dan dengar penjelasannya. Kalau untuk party macam mana, dinner macam mana, wedding macam mana...lain occasion, lain jenis solekan.
4) Tanya lagi pasal quotation yang dia boleh offer. Contohnya, sekali andam average RM150-RM500 ke..student price lain harga ke..kalau ramai-ramai andam dapat murah tak? (hehe taktik aku)
5) Lihat jenama yang dia pakai. Mary Kay...Stage...Avon...Shiseido...macam-macam lagi
6) Sesetengah mak andam akan tunjukkan solekan dia kat muka pelanggan, percuma. Haa..boleh la pertimbangkan di situ.
Sekian. Diharap untuk majlis istimewa, harapnya semuanya berjalan lancar dan sempurna. Aminnnn...
Categories
hidup
Wednesday, May 11, 2011
idaman hati
Ahah! My wishlist...all the time i've been working part-time and fulltime just to fill the urge of my shopping-addiction. Hehe which is always, turns out to be another thing. Such as when the money is in my hand, and I'm fond of red clutch (no brand, as long as it is beautiful and cheap), and when i'm there, usually the money goes to...Secret Recipe...Nando's, char kue tiaw, Pak Husin Tomyam Poptek or even worse a movie-marathon-day! Alah, kadang-kadang tu ke mana duit gaji aku habis pun aku tak tau. Lagi teruk.
Hah, macam tu lah aku. Lepas tu, bila aku teman orang lain shopping, aku pulak yang beli barang. Member tu tak kuar duit sesen pon! Antara barang-barang yang aku nak tapi tak dapat sebab duit dah habis kat benda lain ialah kasut!
Emm..cantiknye... Setakat ni jumpa heel merah, tapi tak berapa berkenan di hati dari segi bentuknya dan harganya jugak. Kalau dah sampai beratus-ratus untuk sepasang kasut...ermm..baiklah aku bayar hutang PTPTN aku yang menimbun tuh.
Floral print handbag. Selama ni aku rasa beg ni macam orang tua-tua punya stail jek tapi lama kelamaan, aku tengok kengkawan aku pakai. Berkenan pula rasanya. Jenis aku ni, beg tak perlu match dengan baju atau kasut. Sebat je la mana ada, selagi tak koyak. Alangkan yang koyak pun aku pakai. Start suka handbag ni bila Avon keluarkan beg camni kaler pink. Punyalah ketinggalan zamannya aku!
Haa..perasan tak specky camnih sape yang selalunya pakai? Pilot! Sebab tu aku minat aviator nih, bila pakai mesti rasa hensem. Sebab pilot-pilot tu semua pakai selalu nampak hensem. Lelagi Takuya Kimura pakai dalam citer 'Good Luck!!' tu, mak haih, caiiiirrrr beb.
Hmmm...bila mau kumpul duit nih?

Tuesday, May 10, 2011
Itadaikimasu....Okonomiyaki! Oishiiiiii~
Hait, watashiwa Okonomiyaki-desu.
Hahaha macam tak reti-reti plak jenis blog aku ni kan. Mesti la tunjuk gambar yang sepatutnya rupa bentuk okonomiyaki tu sebelum tunjuk gambar 'ready-made' sendirian berhad.
Ini pula bahan-bahan okonomiyaki a.k.a. Japanese pizza nih. Telur sebijik, tepung okonomiyaki (aku pakai tepung gandum jek), sosej, daging cincang, kobis, lobak merah, bawang merah, daun bawang, perasa (ajinomoto/garam/lada sulah).
Ha, ni lah okonomiyaki aku. Suapan pertama buat aku teringat dekat Takoyaki. Lagi sedap kalau ada sos okonomiyaki dan fish flake (bonito) dengan mayonis.
Had it with mayo and chili sauce. I did this for breakfast.
Sodap! Mak aku tu kata je 'buat makan yang pelik-pelik!'. Haha, sekali aku buat, sedap...haaa, terangkat punggung.

Monday, May 9, 2011
kek coklat berdosa
Pertama-tama sekali, selepas diserang tsunami..
Serdak terakhir dari loyang...
Chocolate ganache, i used half cup of cocoa powder, half cup of condensed milk and 2 tablespoon of cooking oil. It's a lil' bit bitter, think next time i'll try to use half cap of evaporated milk and sugar.
Sejujurnya,kalau ikut resepi tu, rasa keknya agak kecoklatan la. Aku tak larat sangat makan kek ni sorang sebab tak tahan.
Nampak dah tekstur kek nya? Ok, kalau nak resepi, boleh Google lah ye. Haha aku cuma tunjuk gambar je. Sebelum ni buat red velvet kureng berjaya kan. So, kalau buat yang berjaya tu, senang aje aku nak huplod gambar yek, haish ampuuuuunn~ hakhak
Categories
makan makan
Friday, May 6, 2011
Coklat - waktu kecil dan besar panjang
Ingat lagi kecik-kecik dulu ada coklat syiling emas harga 10 sen yang menjadi kegilaan aku untuk bawak bekal pergi sekolah. Haha nampak kewl gila bila kau makan coklat tu dan ngap perlahan-lahan. Walaupun rasanya takla sesedap mana, tapi kalau kau beli banyak (masa zaman sekolah), kau boleh menunjuk dekat kengkawan sambil mengatakan 'banyaknye duit aku...'.
Kokojelly!!! Coklat ni pun jadik idaman waktu kecik dulu. Dua ketul seposen kalau tak silap aku. Tapi coklat ni dengan coklat duit syiling tadi, aku lagi suka coklat duit tu. Tang bentuk dan pembungkusan, memang menawan hati. Tapi tang rasa, emmph...tak payah cakap la. Tak sedap pong! Tapi ia cukup menyeronokkan hatiku kala budak-budak.
Daim. Pertama kali aku kenal mamat ni masa tingkatan 5 di mana kengkawan asrama aku kecoh 'nak Daim!! nak Daim!!' bila ada yang pergi rombongan asrama ke Langkawi. Next year aku pergi, aku beli la. Memaaaang sedap! Aku suka tang karamel dan kacang di dalam tu. Pernah aku makan dengan Arfa, dia makan coklatnya, aku makan karamelnya. Hahah!
Ferrero Rocher. Yang ni aku sukaaaa jugak, tapi mahaaaal jugak la ye. Huhu. Jarang aku makan benda ni walaupun masa awal-awal biasiswa dan PTPTN masuk sebab rasa kurang berbaloi. Tapi bila sampai saat-saat klimaks nak makan tu, aku tutup mata ambik sepeket dan terus pergi kaunter, bayar.
Ini yang dibawa oleh housemate terchenta, Cik Afiqah. Dan rasanya memang umph! Lagipun, aku memang kipas-susah-mati white chocolate dan ini memang terbaik, rasa lemak manis dan kehalusan coklatnya memang menambat hati aku.
Kinder Bueno. Memang lazat dan mampu milik. Selalu aku beli yang staple 3 sekaligus tu. Murah sikit berbanding beli seketul-seketul. Time awal-awal duit masuk, yang ni la paling kerap aku rembat kat Tesco Sungai Dua tuh. Tambah-tambah pulak rumet aku tak minat coklat ni, lagi sedap la aku melahap sengsorang. Muahaha!
Ahhh...Cadbury. Pertama kali aku diperkenalkan dengan dia ni ialah mak dan bapak aku la. Memang sedap. Aku suka Blackforest ataupun yang ada kekacang. I can't take the chocolate itself without anything. Bagi aku, terlalu manis dan tak tertanggung dek lutut (hah?).
Taraa!!!! Best thing ever in my world, Nougat! Especially Golden Boronia Nougat. Mungkin ada jenama lain yang lagi sedap tapi setakat ni, bagi aku ini yang terbaik. Saaaaangat suka dan agak mahal (memang mahal pon bagi aku). Selalu mereka yang ke Langkawi akan menjadi mangsa kekejaman aku untuk beli benda ni. Bukan tak boleh beli kat Tesco, ada jek. Tapi entah la, suka yang kat Langkawi punya jugak (gedik).
Pun salah satu manisan yang tak digemari rumetku, Cik Bibie, sebab keras ya amat. Ada jugak soft nougat macam dalam Cloud9 but i prefer the hard one. Haha pun menjadikan aku sedikit syurgaaa memakannya. Tekstur yang keras dan berkacang, tidak terlalu manis dan time nak gigit kena berhati-hati sebab air liur boleh meleleh!
Ahhh...apple in my eyes...
Beryl's Tiramisu. Sangat sangat sangat sukakan kerana kepelbagaian rasa yang terlalu sedap. Alhamdulillah hari tu dapat jugak merasa walaupun beli dekat Tesco (Tesco lagik). Mula-mula makan rasa pahit, lepas tu ada rasa manis dan lemak yang lembut dan ringan dan diteruskan dengan kacang badam rangup ditengah. Ada yang suka rasa satu persatu lapisan, aku lebih suka kunyah terus dan kapom! Hahah best!
Tapi ada jugak coklat yang aku kurang gemar coklatnya walaupun ramai yang sukakan rasanya. Iaitu Hershey's Kisses.
Hee~walaupun ramai kengkawan aku beli, terutamanya Aida dan Arfa, tapi aku tetap kurang menyukai rasanya. Mungkin sedap kalau letak dalam penkek, muffin atau biskut kot.
Jadi...jum pergi beli coklat.

Subscribe to:
Posts (Atom)