Assalammualaikum w.b.t.
Ada beberapa perkara yang membuatkan aku agak meluat bila bukak laman sesawang sosial. Ada je benda pasal kerajaan/politik yang nak dipersoalkan. Dulu bila belajar, kau kata universiti tu bodoh la, lembab la, ketinggalan zaman dan menyusahkan orang la. Lepas tu kau sambung ambik Master kau kat uni tu jugak. Takde pun aku tengok kau usaha pergi sambung belajar kat luar negara. Kalau dah rasa Malaysia ni teruk sangat, tak perlu la nak salahkan kerajaan tak perintah negara dengan betul la, apa la. Kau boleh pilih. Jadik warganegara yang baik, ataupun kau duduk la luar negara. Tukarlah kewarganegaraan kau tu. Kau belajarlah pakai duit sendiri. Kau sendiri pun pakai PTPTN. Itu kan kerajaan jugak. Oiii...malulah sikit.
Lepas tu, bila uni kau dapat anugerah uni Apex, kau bangga pulak. Tak malu ke? Kerajaan bagi baucar buku RM200 tu, kau ambik pulak. Kalau dah kerajaan ni bodoh, kenapa perlu terima duit dari orang bodoh?
Aku bukan marah kau kutuk parti politik itu, kerajaan ini. Tapi biarlah bertempat. Kalau rasa kau dah bagus sangat, kau jadik PM dan cuba tadbir negara untuk 1 hari. Tak perlu kutuk-kutuk beb, kau dah ada Master, tak lama lagi pakai Ph D, fikirlah macam orang berpelajaran. Jangan harap belajar je tinggi-tinggi, tapi akal kat lutut.
Maaflah...
Sunday, February 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment