Assalammualaikum w.b.t.
Yaa...hari ini aku masih lagi bersengkang mata untuk study mati-matian demi temuduga minggu depan. Antara bahan untuk resepi Bijak Belajar Last Minute ialah :
1) Pen (pensel tidak digalakkan kerana pen lebih menimbulkan rasa yakin. Kalau guna pensel, mind set akan kata 'oh buat salah boleh padam'. Pen, walaupun pakai correction tape tapi lebih sukar. Less mistake)
2) Kertas kosong
3) Nota yang sudah di print out. Membaca dari notebook ataupun laptop tidak digalakkan kerana mata cepat letih - meningkatkan rasa bosan untuk study.
4) Highlight - warna kuning atau hijau. Pastikan terang.
Cara-caranya:
Baca sebaris demi sebaris, highlight perkataan penting sahaja, BUKAN KESELURUHAN AYAT.
Habis satu point atau topik, cuba ingat kembali dan catat di atas kertas. Tak perlu ingat 100% nota, janji ingat point atau perkataan penting yang boleh jadik key word.
***
Ngantuk dow. Nyesal gua belajar last minute. Nak sediakan dokumen, print out slip la, sediakan baju, kasut, tudung...semalam dah nanges-nanges sebab tekanan palotak tahap optimum. Malam ni harus maksimumkan penggunaan mekanisme mengingat aku ni. Berkarat kot.
Sunday, February 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment