.

seposen untuk Porsche

Wednesday, February 8, 2012

Kisah E-Day - bukan wordless weds

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/08/2012 10:35:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.


Inillah yang dapat aku bingkiskan sikit dari kisah pertunangan aku dan Shrek hahah ok sori, dengan tunang teman le.


Proses dimulakan dengan pembuatan kotak-kotak coklat dan kotak cupcake. Kemudian ada jugak bekas bunga rampai yang macam sarang burung tuh. Haa..yang itu pun buat jugak. Tapi auntie kat kedai pengantin tu yang buatkan heheh teman beli aje ye.


Inilah ceper yang teman pinjam dari mak sedara teman. Proses menggilap ceper tembaga yang beratnya mencecah 3 kg sekeping ni memang tak mudah. Siang malam teman menggilap sampai hasil akhirnya....haa, bersinar nampak gigi lubang hidung bagai.


Beberapa hari sebelum majlis, teman pun mencemar duli turun ke dapur membuat chocolate truffle. Senang je buat chocolate truffle ni. Teman pakai cooking chocolate, whipped cream dan kemudian teman masukkan kacang badam dalam chocolate truffle teman. Yang gelap sikit warnanya dalam kertas kuning tu, white chocolate truffle with Oreo uish...glamer bebenor namenye hikhik coklat pun teman buat sendiri. Almaklumlah, gaji teman dah kelaut beli barang-barang lain...hehe


Kendian, pada tarikh 22 Januari 2012, teman pun selamat ditunangkan dengan tunang teman. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Teman buat kecil-kecilan, jadi takla sekampung yang datang ke majlis teman ni.

Sewaktu majlis, teman menunggu dalam bilik aje. Selepas lebih kurang sejam jugak pihak lelaki berunding, teman dipanggil keluar untuk sarung cincin. Waktu tu teman dah tak tau mana satu bakal mak mentua teman. Punyalah teman nervous sampai semua sekali teman salam (yang perempuan aje). Haa...lepas tu baru aku jumpa 'umi' aku. Tapi umi tak sarung cincin, yang menyarungnya mak kepada umi, kiranya bakal atuk mertua teman le tu. Dalam bahasa Inggeris disebut grandma-in-law wannabe.


Ini le antara hantaran pihak lelaki kepada teman. Masa teman dalam bilik, teman try le kunyah sirih tu. Mak haih, pahit! Padan muka teman. Hantaran 5 berbalas 9.





Ini le hantaran dari pihak teman. Kalau dikira memang 7, tapi tidak termasuk sirih junjung dan juga mangkuk tingkat. Mula-mula teman ingatkan nak bagi bakul Sia bagi menggantikan mangkuk tingkat. Tapi mak teman tak sempat nak belikan. Teman pun memang rancang macam-macam hari tu. Dek kesuntukan masa, ini je yang termampu dibuat dek teman. Teman pun sampai malam Sabtu, sedangkan Ahad tu majlisnya. Memang kesuntukan masa di situ.

Antara menu yang teman hidangkan ialah nasi putih, udang masak lemak dengan nenas, ikan talapia masak kencur (masakan orang Jawa), ayam masak kicap berempah (yang ni atuk teman yang masak dengan mak uteh, sedap sangat) dan sambal goreng (mak ngah teman yang masak, pun sedap). Untuk pencuci mulut, ada limau mandarin, kek coklat, bahulu gulung, karipap, agar-agar santan, tat nenas dan kuih lompang. 

Teman nak berterima kasih kepada saudara-saudara teman yang datang, mak cik dan pak cik teman. Semuanya datang, seronok sangat. Sekian sahaja kisah pertunangan teman. Harap-harapnya boleh la dijadikan panduan bagi yang tak tahu, lepas tu pepandai le kome improve ye. Jalan masih jauh lagi...



Keesokan harinya sempat le teman melayan kesayangan teman 2 ekor ni main-main. Ghindu dekat dioghang ni tau.







0 comments: