.

seposen untuk Porsche

Friday, December 19, 2014

Yang Keterlewatan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/19/2014 08:36:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Semalam penjawat awam sudah menerima kemasukan gaji bulan Disember. Gaji awal sebab minggu depan sambutan kismas. Sekali aku cucuk, baki gaji aku hanyalah 3 angka. Naik terbeliak mata aku depan mesin ATM. Pesal aku punya tak masuk lagi?

Lepas tu barulah aku teringat, dokumen aku dari Johor baru je sampai sini 2 bulan lepas. Mesti diorang tengah proses dokumen and buat pusat pembayaran gaji baru untuk aku. Mulalah aku terfikirkan hutang yang menimbun. Bila aku kira-kira semula, hutang aku sama jumlahnya dengan gaji aku. Macam manalah aku hidup selama ni? Betullah kata orang, orang yang kaya itu ialah orang yang tidak mempunyai hutang.

Tadi, nak isi minyak kereta yang dok lip lap lip lap dari semalam pun membuatkan aku menyelongkar seluruh isi rumah. Kot ada duit terselit celah mana. Dalam hati menggunung harapan, moga-moga adalah sekeping dua not merah terselit. Cukuplah asalkan minyak keter tak berkelip. Asalkan dapat aku ke pasar. Hidup minggu ni pun berdasarkan belas ihsan suami. Maka terpaksalah aku berbelanja ciput-ciput dan beli apa yang perlu sahaja.

Sudahlah esok adik ada interview. Aku dah book kan homestay. Gaji tak masuk, macam mana nak bayar homestay. ASB lambat lagi boleh keluarkan. Kalau tak boleh jugak aku mengorek sikit-sikit nak tampung celah mana tak cukup. Baru plan nak jalan-jalan tapi nampak gayanya tak jadik.

Mungkin lepas hantar adik aku interview, kami balik ke rumah mertua dahulu. Aku bukan nak mengumpat, tapi sekadar meluahkan. Letihnya balik rumah mertua ni. Kadang aku terasa nak carutkan aje. Tanggungjawab aku hanyalah pada suami. Bukan pada abah mertua. Dia yang bertanggungjawab pada suami dia. Kenapa tinggalkan?! Hangin beb.

Tapi elok jugak kalau aku balik ni, mak mertua tak ada. Kihkihkih. Instead of my talent on cooking, I don't like to be forced to cook. When I was forced, you can see the results of the food. Kadang tu tak sedap, terkering lah, masin lah...urghh!

Hope balik kampung ni, usahlah deme mengajak pergi memana. Aku tengah kering, Bila la payment nak masuk...tsk..tsk..

Tuesday, December 16, 2014

Kudrat Empat Tulang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/16/2014 10:02:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t

Sebaik sahaja pulang ke pangkuan suami, aku penuhkan aktiviti harian dengan membesarkan Raid di depan mata. Sememangnya terasa cabaran apatah lagi bila si busuk tu menumpahkan nasi di atas karpet. Apalah yang aku mampu lakukan selain berlari ke dapur sambil menangis...hewhew... Nak marah tak boleh, kecik lagi. Bukan dia paham pun. Sudahnya..aku cakap je la lembut-lembut. Hai la anak, sabar je la.

Sejak suami mengikuti kursus diver ni, sangatlah bizinya beliau melayan kerenah orang atasan. Kalau tak sempat lunch, aku kan hantarkan apa-apa juadah yang aku beli...beli ya, aku tak la rajin sangat. Hari tu tibe-tibe mintak dibuatkan barbeku. Udah aku le menjadi mangsa memerap ayam. Aku campakkan aja serbuk cili, ketumbar dengan jintan manis. Lepas tu aku campak gula merah. Dah.

Hari ni pulak, dia nak makan tengahari kat rumah kitorang. Mau tak terbeliak mata aku. Elok aku setting kepala nak tido pukul 1 tengahari, aku dapat call dari asben bitau orang atasan dia nak join lunch. Udah le aku goreng ikan dengan kangkung je. Udahnya, aku mintak diorang beli lauk ayam goreng dengan nasi aje. Sebab aku memang masak nasik ukur-ukur 3 perut. Lepas tu, aku goreng lagi kangkung seikat. Mujur jugak pergi pasar pagi tadi beli 2 ikat. Lepas tu, aku gorengkan telur dadar.

Setelah meneliti penceritaan suami aku mengenai orang atasan dia yang kuat menge'pow' tu. Aku dapat rasakan dia kurang kasih sayang + cemburu. Bini dia kat East, doktor kat sana. Dia kat sini. Bila orang lain nak balik lunch...dia tak bagi. Dia ajak temankan dia lunch dan orang lain bayar. Hari tu, dihayaknya bebudak kursus (temasuk le laki aku) main futsal pukul 11 malam. Aku rasa nak menjerit sebab laki aku balik pukul 1 lebih. Sapa tak takut duk umah dengan anak je!!

Lepas tu, ada jugak dia ajak bebudak kursus pi karaoke. Emmph..dari situ aku simpulkan dia tu kesunyian. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah terlibat dalam aktiviti ketenteraan macam ni, kalau kau seorang senior, kau nak ke makan dengan kadet-kadet kau dimana kau seorang sahaja senior? Unless kau gila-gila rapat dengan diorang dan kau kenal diorang ages ago. So, aku assume dia keseorang dan memerlukan teman. Since most of his squad already have their family here. He's a lone ranger. And he uses his title to forced people befriends with him. Sedih.

Sebab tu aku prefer untuk mengajar diri sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Tidak setiap peringkat dalam kehidupan kita, kita ada teman. Kadang-kadang, kita akan keseorangan. Jadi, bersedialah untuk itu.

Aku dapatlah simpulkan...bahawa dia sangat kesunyian. Aku harap dan berdoa...semoga tiada seorang pun dari ahli keluargaku berperangai seperi itu. Bahaya jika memaksa-maksa orang belanja makan ni. Takut jadi tak ikhlas, dan makanan itu jadi haram pulak. Sebab belanja terpaksa.

Tuesday, October 21, 2014

Sup Tulang Berempah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/21/2014 09:41:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, termakan jugak daging korban yang emak bekalkan. Sebelum mak bekalkan hari tu, mak rebus dulu tulangnya dan kemudian disejukkan, baru masuk tupperware. Sebab perjalanan jauh dari Selatan ke Utara, kalau bekalkan daging segar takut basi. Jadi, sampai rumah aku pun terus masuk freezer.





Senang je aku buat sup tulang ni. Cuma masa memasak tu ambil masa lama sebab aku tak ada periuk tekanan. Aku rebus atas dapur je. Esoknya asben dok tanya, 'sup semalam ada lagi?' Sedap lettew. Sebenarnya aku mengikut tips Mamak Haji, korang boleh gugel blog dia. Katanya lebih lama kita mereneh sup dengan api kecil, lebih sedap sup tu sebab ia pekat dan beraroma. Aku akui, memang betul pun.

Bahan untuk direbus dahulu:

1kg tulang
Seinci halia diketuk
Bunga lawang

Bahan tumis:

5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Bawang ni digoreng sampai jadi macam bawang goreng. Warna coklat dan baunya wangi. Dah siap bawang goreng ni terus masukkan dalam periuk rebusan tulang tadi. Minyak gorengan bawang ni aku tak campur.

Bahan rempah tumis:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 paket kecil rempah sup
Sesudu kecil rempah kurma
1 batang serai dititik
Sedikit lengkuas (aku tumbuk pecah je)

Kesemua bawang putih dan merah ditumbuk. Kemudian ditumis sampai naik bau, masukkan perencah sup, perencah kurma, serai dan lengkuas. Tumis sampai naik bau dan campakkan semua ke dalam periuk sup tadi. Perasakan dengan garam.

Kendian, tunggulah sampai daging empuk dan boleh dihidangkan bersama sambal kicap dan limau nipis. Sedap...ade masam-masam sikit, pedas sikit. Memang segar menghirup sup ni.

Thursday, October 16, 2014

Dipanggil Menghadap

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/16/2014 10:02:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Aku seorang yang patuh. Patuh kepada arahan. Ada sesetengah berkata aku ni lurus bendul sebab tak reti mengelak kerja. Tapi bila aku fikirkan itu tanggungjawab, aku tak kisah orang kata aku ni lurus bendul.

Cuma aku terkilah. Jika aku yang sentiasa patuh ni, hanya kerana satu kesilapan, aku dihukum dengan berat sekali. Berbanding mereka yang sentiasa mengelak tanggungjawab, dan tidak pernah menerima apa-apa hukuman.

Jadi, bila aku mengelak meeting semalam dan hari ni aku dipanggil supervisor. Aku jadik menyampah. Waktu ini la yang ikhlas jadi tak ikhlas kerana aku mengungkit segala-galanya. Dah la selama si orang atasan tu takde, kerja dia aku yang cover. Kalau sikit tak apa, ini banyak. Terima kasih pun tak ada. Lagi nak push aku buat kerja ada la. Kan aku dah cakap, aku akan mengungkit. Sebab aku sedih bila mereka tak ada sifat tolak ansur. Bukannya tak pergi meeting sebab aku suka-suka, aku bersebab.

Meeting aku tak pernah gagal hadir. Jadi kalau kerana sekali ni aku dihencap kerana meeting nan satu itu. Memang aku hangin. Dan aku tak kisah dia nak marah ke..nak herdik ke..sebab aku dah letih dengan orang yang taunya bagi order je.


Sunday, October 12, 2014

Tak puas hati, isi tangki dengan air, percuma!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/12/2014 09:02:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni dapatlah berehat kejap kerana asben bawak anak pergi kerja. Aku pulak nak ngemas rumah tak jadik kerana kontraktor yang renovate dapur kami tidak menyiapkan kerja mereka semalam. Kerja 2 3 hari jadik kerja 2 minggu nampaknya. Syabas kroni!

Kenaikan harga minyak walaupun sekadar 20sen seliter memang membawa impak yang besar dalam pembahagian pendapatan perkapita family aku. Yaa..walaupun 20sen. Aku ni seminggu isi minyak 2 kali dengan jumlah hampir RM150. Tu baru seminggu, darabkan dengan 4 minggu bekerja dah dekat RM600.

Aku terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak merasa beban orang lain. Aku lihat mereka mengambil jalan mudah dengan menasihati orang yang kurang berkemampuan macam aku ni untuk 'campur je dengan minyak masak kalau nak liter yang lebih.' Ketahian apakah itu?

Maaf cakaplah. Aku lihat mereka yang 'tak fikir sebelum bercakap' ni samalah seperti pak muntri yang kata 'kalau tak suka duduk Malaysia, keluarlah!'. Baguslah cara pemikiran macam tu.

Kebanyakan statement kurang bijak ini dikeluarkan oleh golongan berada dan berkemampuan yang mampu membayar lebih untuk segala-galanya dan tidak terkesan jika minyak naik waima seringgit sekalipun. Mereka juga boleh tergolong dalam kumpulan senior di mana gaji sudah stabil dan anak-anak sudah besar dan tidak memerlukan BR1M lagi. Kumpulan masyarakat ini juga adalah penyokong parti dacing.

Aku atas dasar hormat, aku tidak meneruskan perang wassap. Kerana aku sedar, ada pihak memerhati yang mengharapkan kami bertikam lidah menerusi aplikasi itu. Pihak memerhati ini terdiri dari mereka yang 'lalang' yang suka mengapi-apikan kami. Jadi, aku sekadar berkongsi tips yang aku dapat dari group lain mengenai cara lebih bijak mengisi minyak petrol. Disuruhnya aku tambah minyak masak ataupun isi dengan air. Just for your information, air pun kena bayar. Ke u suruh i isi dengan air kencing u?

Nanti dikata aku ni kurang ajar dengan orang tua. Tapi orang tua yang sukar menerima pendapat orang muda inilah yang membawa kehancuran masyarakat madani....gitu bahasa aku ye. Adakah kerana anda dahulu makan garam maka anda lebih memahami segalanya? Adakah kerana anda profesor maka anda tahu semuanya tentang politik, sosio-ekonimi, kaunseling dan kebudayaan?

Kemonlah, that is so typical old people. I prefer the one who can listen to our voice and think about it. We're not just raising up things because we hate you, Definitely not. But because we are living the world now, and ignoring us just make us upset.

If you have children, and your children comes to you when something happen. Would you just sit there and won't get your child to talk?

Or you sit there, listen and try to console him?

If you are choosing the first one, you might as well nurtured him to be rebellious. Without you knew it.

But the second one, you make a thinker and as well a good partner. Listen to us, try to console and make changes. This is what a discussion meant to be. To get things better.

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam...

Yang remeh dan yang temeh, berlegar di sekelilingku...

Buatlah, buatlah, buatlah tak tahu...

Biarkan, biarkan, biarkan berlalu...

Someone remind me of this song. And personally I don't enjoy it as much as she did. Ini ialah lagu yang menyindir. Menyindir mengenai sikap sesetengah masyarakat yang buat tak kisah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tak kisah asalkan dia boleh hidup. Inilah lagu untuk masyarakat yang mementingkan diri. Bagai enau dalam belukar. Apabila kucing tiada gigi, tikus mula menari-nari. Nampak?

Untukmu, semoga berbahagia.






Tuesday, October 7, 2014

Cabaran seorang surirumah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/07/2014 03:33:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Sejak-sejak incik asben mengikuti kursus selam ni, letihnye aku kemain. Memikirkan timbang rasa seorang isteri tu, aku masakkan dinner. Bukan sebelum ni tak pernah masak, masak je. Tapi sejak dia on course ni, itu merupakan part of my responsibility dalam memastikan perutnya berisi. Balik kerja ambik Raid dah pukul 3.40, sampai rumah dah pukul 4.00 petang. Itu jam la nak mengeluarkan ayam, ikan atau daging dari freezer sambil merancang menu apa nak dimasak. Maklum aku ni masakannya memang simple. Kadang lauk hanya sejenis, sejenis lagi ialah kicap sambal cecahan budu.

Kadang kesian tengok suami berlaukkan sejenis. Jadi, isteri ambik effort untuk masak dua jenis. Satu ayam/daging, satu lagi sayuran. Wah, selera pulak dia makan. Kadang tu balik malam pun dia mengulang lagi sepinggan. Tapi keletihan aku pulak tak tertanggung sebab nak menguruskan Raid. Mandikan dia, main dengan dia sambil mengemas rumah.

Aku membayangkan macam manalah surirumah yang mempunyai anak 3 4 5 orang tu. Macam mak aku. Jenuh nak menguruskan kami adik beradik dikala abah tak ada kat rumah. Tapi dulu kami survivor. Bedal je apa yang ada. Aku sekarang mengada-ngada, makan kena berhidang siap hias cantik-cantik.

Kadang tu bila tengok hujung minggu, wah seronok bapak dan anak tergolek dalam bilik. Ibunya dah bangun seawal jam 6.30 pagi sebab nak siapkan sarapan, sambil mengemop rumah, sambil itu jugalah basuh baju dan sambil itu jugalah merancang apa nak beli kat pasar. Memang aku selalu beli stok lauk untuk seminggu.

Tapi waktu hujung minggu jugalah kot laki aku nak makan spesel-spesel sebab aku ada masa untuk memasaknya. Kalau hari bekerja lauk hanya kacau goreng, tapi hujung minggu boleh la bergulai asam pedas bagai. Dan terlebih rajin pulak siap baking brownies atau buat puding. Kemainlah demi nak memikat perut suami. Aku tak taulah berjaya pikat atau tak.

Minggu lepas besday aku. Dan suami aku terlupa. Itu pun dia wish sebab dia bukak fesbuk tengok wall aku ada ucapan. Itu pun selepas tiga hari. Ceit! Aku pun buat-buatlah masam muka. Muahahahah! Tapi lepas tu ok je..sebab hadiah dia dah bagi awal dua bulan. Kikiki.

Semoga diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan hidup ini sementara menunggu mati.

Monday, September 8, 2014

Sticky Date Pudding

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/08/2014 11:54:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Sejak-sejak baru beli oven ni, aku merajinkan diri untuk membakar kek. Minggu lepas buat Nutella brownies, minggu ni buat puding kurma pula. Memang aku akan pastikan pelaburan aku ni berbaloi untuk perut kami anak beranak. Walaupun oven cap ayam je tapi aku amat berpuas hati sebab dah lama aku mengidam nak beli.

Jadi, apabila cadangan aku nak beli wallpaper ditolak mentah-mentah oleh asben, aku laburkan pulak beli oven. Nampaknya dia tak kisah sangat. Ceit!

Ahad lepas, aku jadik hakim pertandingan bercerita kanak-kanak tabika Kemas. Memang seronoklah sebabnya diorang ni teramatlah kiutnya bercerita menggunakan kostum lagi. Yang cerita pasal ikan, jadik ikan. Yang cerita pasal arnab, jadik arnab. Yang cerita pasal harimau, siap ada misai lagi. Hahaha.

Oleh kerana asben duty dan exam, aku rasa bersalah kalau tak masakkan sesuatu yang spesel untuk dia. Sebabnya lunch hanyalah cencaru bakar dan kobis tumis air. Betapalah kampungnya. Jadi, untuk minum petang tu aku buatkan Sticky Date Pudding sebab kurma bulan remdan masih berbaki dua kotak. Huhu...banyak tu.



Resepinya dapat dari Aku Bukan Masterchef

150g     kurma, seeded dan cincang
1/2 sdk soda bikarbonat
125ml   air panas
40g       butter suhu bilik
50g       gula kastor
60g       gandum + 1/2 sdk baking powder
1 biji    telur

Cara penyediaan:

1. Kurma yang telah dicincang tu dicampur dengan air panas dan soda bikarbonat. Biarkan dalam 5 - 10 minit kemudian blend campuran ni hingga menjadi puri.
2. Dalam mixer, pukul butter dengan gula sehingga putih dan ringan. Dalam kes aku, batter tu ala-ala kuning pucat camtu terus aku masukkan telur dan pukul lagi.
3. Setelah sebati campuran dalam mixer, menggunakan kaedah kaup balik, masukkan puri kurma tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kaup balik sampai sebati.
4. Bakar dengan kepanasan 160 darjah celcius selama 25-30 minit.


Butterscotch sauce

50g         ulsalted butter
1/2 cup   soft brown sugar
200ml    whipping cream
secubit garam

1. Cairkan butter dengan api kecil. Sudah butter mencair, masukkan gula perang dan kacau sampai la gula cair. Kemudian, masukkan whipping cream dan kacau sehingga campuran menjadi licin, berkilat.
2. Masukkan secubit garam kerana aku suka lemak-lemak sikit. Masakkan sos sehingga mendidih selama 2 minit dan turunkan suhu selepas mendidih. Biarkan lagi selama beberapa minit kemudian bolehlah tutup api.
3. Siap dan hidangkan



Wednesday, September 3, 2014

Selamat Hari Jadi, Raid!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/03/2014 08:40:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dah setahun dah anak kami dilahirkan dan dibesarkan. Walaupun tak berapa montel macam anak-anak kawan yang sebaya dengannya, tapi aku tetap rasa dia tu comel. Anak sendiri kan. Ingatkan nak buat makan-makan sedikit sempena hari jadi dia tapi asben pulak kena pergi parade kat Dataran Ipoh. Sudahnya, tak balik kampunglah kami.



Yaa..sungguh bersemangat disitu. Actually, bawak bekal masa pergi parade tu sebab kami tak sempat sarapan. Bertolak pun pukul 5.30 pagi. Perlu sampai awal sebab nanti ada jalan utama yang ditutup untuk perarakan. So sampai Ipon baru la solat Subuh and settle down. Sempat jugak buat brownies Nutella semalamnya untuk dibawak bekal. Cuma roti John je disediakan pagi Ahad tu.

Resepi Nutella Brownies Chewy Gooey
sumber : Mother thyme

3/4 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1/3 cawan unsalted butter
1 cawan gula (aku guna cuma 3/4 cawan je)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan Nutella (aku pakai 1/2 cawan)

Cara penyediaan :
1. Panaskan oven 350 darjah
2. Satukan tepung dan garam dalam satu mangkuk. Ketepikan.
3. Beat butter sampai lembut dan gebu. Kemudian masukkan telur, gula, esen vanilla dan putar sehingga sebati. Kemudian masukkan Nutella dan putar lagi.
4. Masukkan tepung dan gunakan kaedah kaup-balik. Masukkan dalam loyang empat segi 8" dan bakar selama 30-35 minit.

Gambar tak sempat ambik tapi pada aku, brownies ni amat manis kalau mengikut resepi asal. Kemanisan gula dan Nutella tu memang mencengkam jiwa raga walaupun dah kurangkan sukatan. Tapi bahagian atas brownies aku memang cantik. Bila dah sejuk, nampak merekah. Dan brownies ni agak chewy gooey.

Untuk roti John, malam tu aku tumis daging burger cap Ramli yang dah aku cincang kecik-kecik dengan bawang, bawang putih dan halia sikit. Lepas tu aku tambah rempah kari, garam, kicap manis sikit. Dan aku sejukkan.

Esoknye bangun pepagi, aku terus kocokkan telur, campak daging tumis tu dalam telur dan terus leperkan atas kuali. Tekapkan roti Massimo. Sampai la telur tu masak serata atas roti tu. Kemudian, aku susunkan kobis yang dihiris nipis beserta timun. Picitkan mayo dan sos cili, setel. Nanti ada masa aku buat lagi dan aku upload gambaq na. Entry masakan ni wajib bergambar barulah nampak menarik. Tapi makcik ni maleh nak ambik gambo. Terkejar-kejar saja lepas masak, nak buat itu ini. Huhu














Thursday, August 28, 2014

Pasal kawan dan hidup

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/28/2014 09:59:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Pengalaman belajar sepanjang aku hidup membuatkan aku sangatlah menghargai peluang untuk mencapai kecemerlangan. Aku bukanlah pelajar bijak pandai..sering dapat keputusan terbaik. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha.

Bagi aku, perkara paling penting kalau nak belajar ialah kena bijak pilih kawan. Aku ingat lagi masa aku berada di menengah atas. Masa tu kerana salah pilih kawan, keputusan aku jadik teruk sangat. Sehinggalah SPM pun aku tak mampu skor. Mungkin aku tak patut salahkan kawan tapi itu antara salah satu punca aku lalai.

Bila aku masuk tingkatan 6, Alhamdulillah aku dapat kawan yang semuanya berlumba-lumba nak rebut result bagus. Aku pun jadi termotivasi untuk berlumba sama dan hasilnya, dapatlah aku anugerah pelajar harapan dan pelajar terbaik sekolah.

Bila aku masuk U, sekali lagi aku tersalah pilih kawan di mana sem pertama aku dapat pointer cukup-cukup makan. Mungkin sebab bila masuk U, nak tune cara belajar sendiri, dengan duit PTPTN pulak tu, mana taknya boleh leka. Tapi bila aku berubah arah, aku jumpa dengan kawan yang betul-betul boleh membantu aku dan sekaligus menarik aku untuk belajar. Alhamdulillah, dengan dia, dia kerap beri galakan untuk belajar. She's one of a kind that really help me. Merasalah juga aku dekan untuk 3 tahun berturut-turut.

Aku bukan nak berlagak tapi itulah realiti bila kita pandai memilih kawan. Memanglah kadang-kadang rasa segan nak bertanya pada orang yang lebih pandai, tapi aku tanamkan prinsip 'malu bertanya sesat jalan', aku ringankan mulut untuk bertanya. Dia nak tolong atau tak, belakang kira. Sekurang-kurangnya aku dah cuba.

Sampai sekarang aku masih merasakan pentingnya untuk mendapatkan kawan yang betul dalam hidup. Sebab kawanlah, kita mudah terpengaruh dan sebab kawan jugalah, kita boleh bangkit. Semasa di tempat kerja lama, aku ada kawan yang aku rasa, mereka boleh membantu aku bila-bila masa. Bukan pasal masa susah baru mintak tolong. Tak. Mereka ialah kawan yang akan tegur kalau kita buat silap. Memanglah kadang-kadang rasa kecik hati tapi itulah yang terbaik. Benda yang betul selalunya pahit nak telan.

Berbeza di tempat kerja baru, aku masih lagi 'kera sumbang'. Sendirian kesana kesini. Kawan tu memanglah ramai tapi bukan dalam group. Mungkin aku masih memerlukan masa untuk adapt dengan suasana baru. Dan jugak, mungkin sebab aku dah duduk dengan suami dan anak, jadi kawan tu dah jatuh tempat kedua. Tapi kengkawan yang lama tu memang aku terus menerus hubungi sebab they're the best.


Sunday, August 24, 2014

Berusaha menjadi isteri dan ibu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/24/2014 04:12:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Ingatkan bila dah duduk sekali ni, tak adalah gaduh-gaduh bagai. Rupanya ada je masam-masam muka dengan tak bertegur sapa. Huishh..jauh banyak dugaan. Dekat pun banyak dugaan. Manusia memang macam ni ye gamaknye. Huhu.

Cik Wan tu nampaknya sedang berdiet. In sha Allah tak lama lagi nak pergi course ship diver. Mungkin sebab tu nak maintain berat. Apatah lagi bila kutengok kawan-kawannya yang dah kawen. Badan masing-masing setambun naiknya. Bulat pipi..bulat jugalah perut mereka. Aku pulak, bila kata nak memasak tu...memanglah akan pastikan dia tambah nasi untuk membuktikan betapa sedapnya masakan aku. Walaupun mungkin tak sedap. Kesian suami...

Sekian.

Thursday, July 24, 2014

Cucur Udang dan Jagung

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/24/2014 10:04:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.



Kadang-kadang kehabisan idea nak masak apa untuk berbuka. Bila mintak cadangan asben, dia asyik jawab 'pape je lah'. Sebelum ni aku dah buat mee rebus, mee goreng, kuetiaw goreng dan juga nasik goreng. Memanglah menu berbuka kami sangat simple. Tapi kengkadang nak buat yang lain, taktau nak buat ape. Tensen pulak kita dibuatnya. Jadi oleh kerana kerajinan yang teramat sangat, maka aku mencucurkanlah udang dan jagung.

Aku teringat makan cucur jagung paling sedap masa zaman uni dulu, member aku punya boyfren punya mak (baca : ex-mak mertua) bagi cucur jagung. Memang sedap! Jadi, untuk mengimbau kenikmatan itu, aku pun buatlah cucur jagung untuk berbuka. Laju jugak kami berdua makan.

Bahan-bahan :

Udang saiz sederhana - buang kulit, sesungut dan potong 3
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah
3 sudu besar jagung krim - kalau suka, bole tambah lebih
Daun bawang / sup / kuchai - cincang
3 senduk tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya :
Campakkan semua dalam satu mangkuk dan gaul. Tips untuk membuat jemput-jemput yang lembut dan tidak liat walaupun sudah sejuk ialah jangan menggaul adunan terlalu lama dan laju. Perlu digaul perlahan-lahan. Asalkan dah sebati, rehatkan adunan dan biarkan lebih kurang 5 - 10 minit sebelum digoreng dalam minyak panas.

Thursday, July 17, 2014

Bila Jauh...Rindu. Bila Dekat..Gaduh.

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/17/2014 01:03:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Manusia memang tak pernahnya betul, kan? Ke aku sorang je yang rasa macam tu. Tapi Alhamdulillah, dah duduk bersama ni. Seronok memang la seronok...tapi ade jugak time tak seronoknya. Aku ni membayangkan macam mana la mak bapak aku tu hidup bersama selama hampir 30 tahun. Kitorang yang baru nak menginjak ke tahun ke 2 ni pun rasa macam dah bagai-bagai dugaan ditempuh. Ceeewah!

Apa-apa pun, seronoknya Ramadhan ialah aku berpeluang memasak untuk keluarga. Senangnya Raid dah makan nasik, so masak sekali dengan lauk dia. Which is good for me because it saves time.

Kebanyakan lauk pauk yang aku masak bukanlah setaraf dengan kedai makan yang best-best tapi aku jamin, kebersihannya lebih terpelihara. Sepanjang bulan posa ni juga, Alhamdulillah ada la sejenis dua juadah aku yang mendapat tempat di perut suami. Dan aku memanglah tak menggalakkan keluarga aku membeli air di memana param (baca : pasar Ramadhan). Sebab aku lebih percaya air yang aku buat sendiri dah tentulah airnya dimasak, dan bahan-bahan tu pun terjamin sumbernya. Idok le kami keracunan kerana air mentah atau air yang tak tau mane sumbernya.

Mungkin selepas ni aku akan cuba untuk update entri mengenai resepi pula. Semakin rajin aku buat dessert kat sini. Trifle aku pun makin sedap. Aku ingat lagi masa aku duduk Johor dulu, setiap kali aku buat trifle untuk makan-makan atau potluck di tempat kerja, pasti housemate aku akan cakap, "Ko mesti buat kuih ko tu kan?". Setiap kali without fail. Aku tak taulah dia perli ke hape.

Sejak ikut resepi Nani Rostam, rasa macam makin sedap pulak. Sebab dia letak pes strawberi. Aku pun buat pes strawberi sendiri dan ikut cara dia. Alhamdulillah...memang sedap. Tapi takle sampai berbisnes, aku buat untuk makan sendiri. I am a sweet tooth.

In sha Allah lain kali menulis lagi. Selamat hari raya!



Tuesday, February 11, 2014

Satu bumbung suda

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/11/2014 04:54:00 PM 1 comments
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..setelah hampir setahun lebih duduk berasingan, dapat juga aku duduk sebumbung dengan Encik Asben. Seronok la sebumbung...tempat mengadu ada di sisi. Tapi bila keletihan memandu, nak mengadu apa. Tau-tau je mata dah lelap. Esok bangun pepagi buta siap-siap terus pergi kerja balik.

Satu je yang tak ada, Raid. Masih berada dengan ibuku. Kami masih gagal mencari pengasuh. Kengkadang aku terfikir jugak, nak aje berhenti kerja, jaga anak dan suami sepenuh masa, uruskan makan minum dan kehidupan kami sekeluarga. Asalkan hidup secara sederhana, in sha Allah boleh rasanya. Setakat ilmu yang aku peroleh zaman belajar dulu, masih boleh dipraktikkan walaupun secara tidak formal.

Tapi mak bapak aku mesti tak setuju punya. Mereka mempunyai mentaliti bahawa kerja dengan gomen menjamin masa depan. Entahlah...aku tak fikir macam tu pulak.

Emm...aku ni tengah teruja nak decor umah sendiri nih. masih ada lagi barang berlonggok kat depan pintu yang aku malas nak kemas. Tapi kalau tak kemas...sakit mata.

Aku jugak teruja nak memasak sendiri. Setakat ni si dia asyik ajak makan kat luar jek. Aku boring satu hal, nak makan ape pun tak tau. Setakat nasi goreng kampung, aku buat lagi sedap! Tensen la den tak dapat memasak nih.

Thursday, January 2, 2014

Yang Terkemudian :: Cameron Highland

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/02/2014 05:20:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, cuti sekolah dah habis dan rasa seronok sebab dapat la merasa duduk dengan suami dan Raid, yang baru je masuk 4 bulan.

Awal cuti, memang tak merancang ke mana-mana. Tapi lama kelamaan gatal pula kakiku ini. Jadi kami pun pergilah ke Sungkai Hot Spring. Ok, akceli asben ada Hari Keluarga di situ. Tapi tak mandi pun sebab Raid masih kecik bebenor. So kitorang terus bergerak ke Cameron Highland. Err...gambar disertakan kemudian kerana kamera di rumah.

Kitorang menginap di Bird's Nest Hotel, terletak di Tanah Rata. Hotel ni dekat pekan Tanah Rata tu, jadi nak pergi makan memang tak susah. Starbuck pun dekat...kalau terasa nak minum kopi mahal. Cumanya hotel ni ada tiga tingkat, dan tak ada lif! Yang mana aku memang tak gemor le sebab nak memanjat tangga tu...few...lenguh weyyy. Lepas tu, channel tv cuma ada tv 1 dan tv 2 sahaja. Water heater plak ada kat lobby sahaja. Mujur la jugak aku dah sediakan air panas dalam termos siap-siap untuk buatkan susu Raid.

Hari pertama tu tak pergi memana pun. Esoknya baru kitorang bersarapan di Sungei Palas Boh Tea Estate. Memang cantik pemandangan kat situ. Harga makanan err...bagi aku standard tempat camtu, memang harus mahal sikit la. Nasik lemak pun RM4.20.

Raid masa kat sini asyik nangis jek. Mungkin sejuk kot...kitorang tak balutkan dia sepenuhnya. Lepas sarapan, beli-beli teh kat situ. Harga kurang singgit dua dari harga pasaran. Murah sikit.

Seterusnya kitorang pergi ladang stoberi. Apalah maknanya kan kalau pergi Cameron tak pergi petik stoberi. Kitorang pergi ladang stoberi...lupe la plak namanya. Tapi ladang tu luarnya kaler pink. Stoberi masih banyak masa kitorang pergi, puas aku memetik. Asben petik, tapi masuk mulut. Huhu

Kali kedua kitorang pergi, haaa ingat aku pergi sekali je ke. Hehe kan ke dekat dengan Lumut. Kali kedua kitorang pergi, kitorang menginap dekat Brinchang. Hotel Flamingo. Hotel ni bagus. Harga bilik RM 100, tapi dalam bilik channel HBO ada, water heater dengan gelas pun ada disediakan. Ada lif. Jauh lebih bagus dari hotel sarang burung tuh.

Hari pertama kitorang ke Cameron Lavender, masuk kena bayar lak. Walhal sekadar tengok pokok lavender yang seciput tu je pun. Tapi disebabkan asben nak sangat masuk, ikutkan je la. Hehe. Kali ni memang fully sponsored vacay sebab adik-adik aku pun join skali.

Tengahari tu kitorang makan di restoran Thai berdekatan hotel. Aku order steambot. Apa yang aku fikirkan ialah, pastinya kitorang akan dapat makan sayur banyak sebab tempat tu kan tempat tanam sayur. Sekali steambot sampai...alahai ciputnye la kuantiti sayur. Tapi sebab perut masing-masing berkapasiti rendah, maka cukup la menu itu untuk kami. Asben order nasik, sebab dia kelaparan. Hehe cian incik asbenku.

Kali kedua ni pergi, kitorang bekalkan pakaian yang secukupnya untuk Raid. Baju sejuk, seluar panjang sumer ada. So malam tu kitorang keluar pergi pasar malam Brinchang. Lima minit je jalan kaki dari hotel. Raid...setebal-tebal pakaian aku pakaikan sebab nak elakkan dia kesejukan. So dia diam je time jalan-jalan kat pasar malam tu. Selesa agaknya sebab hangat.

Then tak jauh dari pasar malam tu, ada satu restoran Melayu. Ramai orang datang situ makan. Emm...masakan tak berapa sedap tapi kalau nak makan ikan-ikan bakar...boleh la. Huhu aku rasa macam tak berbaloi la pulak nak makan ikan bakar kat Cameron Highland nih. Mahal kot.

Esoknya kitorang bersarapan di Sungei Palas dan kemudian mencari ladang stoberi untuk memetik buah. Malangnya, SEMUA ladang stoberi TUTUP. Serius! Semua ok. So kitorang pergi Muallaf ni, ladang stoberi jugak. Tapi dia buat jualan murah gila untuk stoberi dan cendawan. So adik-adik aku tak merasa lah nak memetik stoberi, tapi puas la diorang makan sebab harga murah. Emm nanti-nantilah aku upload gambar.

Nak cuti lagi. Tahun ni...asben ajak ke Yindon. Mungkin Jogja kot. Tengah survey pakej nih :))